Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mac 2026

“Kita Menjadi Mangsa Kejayaan Kita Sendiri” – Pejuang Bahasa Ireland

Kekurangan sekolah menengah berbahasa Ireland di Ireland Utara digambarkan sebagai 'mengecewakan' oleh ibu bapa, guru-guru dan aktivis bahasa.

Isu ini timbul apabila angka baru daripada Jabatan Pendidikan atau Department of Education (DE) menunjukkan bahawa terdapat hampir 400 peratus dalam tempoh 25 tahun lalu bagi jumlah murid dalam pendidikan berbahasa Ireland. Walau bagaimanapun, hal ini juga bermakna permintaan untuk tempat semakin meningkat. Menurut seorang pemimpin aktivis bahasa Ireland, "kita menjadi mangsa kejayaan kita sendiri."

Pada tahun 2001, terdapat seramai 1,602 orang murid dalam pendidikan berbahasa Ireland berbanding 7,811 orang murid pada tahun 2025. Kini, hanya terdapat dua buah sekolah menengah sahaja yang berbahasa Ireland di Ireland Utara iaitu di Belfast dan Dungiven. Ungkapan ini jelas menunjukkan paradoks, "kejayaan besar dalam meningkatkan minat terhadap bahasa Ireland akhirnya menimbulkan cabaran yang baru pula iaitu kekurangan infrastruktur bagi menampung permintaan." Baca selanjutnya dengan klik di sini. 

Rencana ini disesuaikan ke Bahasa Melayu (Malaysia) dari rencana berbahasa Inggeris berjudul, "'We are victims of our own success' - Irish-language advocate" hasil tulisan Robbie Meredith, Koresponden Pendidikan di Ireland Utara melalui British Broad Casting (BBC) atau Badan Penyiaran British. Selain itu, gambar hiasan di atas berasal dari sumber blogger berjudul, "Irish You Were Here". Di samping itu, sumber rujukan untuk bahasa Ireland akan aku masukkan di sini. Sila rujuk blog asal untuk kredit bagi gambar hiasan. Sekian, terima kasih.  

Sabtu, 23 Jun 2018

Dasar Pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia


Sekolah-sekolah sekular di British Malaya sehinggalah terbentuknya Persekutuan Malaysia ini mempunyai asal-usul dari sistem pendidikan zaman penjajahan British di koloni-koloni yang ditadbir oleh mereka. Kebanyakan sekolah-sekolah sekular awal ini ditemui di negeri-negeri selat seperti Melaka, Penang dan Singapura.
Rujukan
  • Nasrul Rahman Ghazali, 'English Policy Affects All', the New Straits Times, 3 Feb 2017 (online) dan terjemahan bahasa Melayu oleh aku (online)
  • Language Policy in Malaysia: Reversing Policy, Springer Link (online)
  • Ratnawati Mohd Asraf, 'Silibus Bahasa Inggeris dari Tahun 2000 sehingga Seterusnya', UIAM (online)
  • Teh Leam Seng, 'Oldest School Everlasting Heritage of Penang Free School', Life Style - Sunday Vibes, the News Straits Times, 11 February 2018 (online)

Isnin, 8 Disember 2014

Senarai Perkataan Bahasa Melayu Malaysia ke Bahasa Inggeris


Berikut adalah senarai kata dalam bahasa Melayu Malaysia dengan padanan bahasa Inggerisnya sebagai rujukan. Sila klik pada pautan berikut untuk merujuk.

A B C D E

F G H I J K

L M N O P

Q R S T U

V W X Y Z

Tiada senarai kata yang menggunakan huruf x dalam ejaan bahasa Melayu di Malaysia. Senarai kata ini boleh digunakan sebagai rujukan bagi peringkat bahasa Inggeris asas. Ia adalah hasil dari carian aku sendiri dari pelbagai sumber dan idea aku sendiri. Aku senaraikan untuk memudahkan mereka yang menggunakan bahasa Melayu dalam membuat pekerjaan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Kamus poket seperti di atas boleh dibeli melalui Amazon.com atau dari laman sesawang kedai buku di Malaysia. Ia berguna untuk rujukan segera pelajar, ahli perniagaan dan juga pelancong di Malaysia, Brunei dan rantau yang berbahasa Melayu lain.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Kemahiran Bahasa Inggeris Akademik


Sudah menjadi kebiasaan apabila mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar bahasa Inggeris, buku teks atau perancangan unit akan menyediakan senarai perbendaharaan kata yang banyak sekali. Persoalannya di sini, perlukah pelajar diajar sedalam itu? Risiko dalam menyumbat semua perkataan tersebut kepada pelajar bahasa Inggeris boleh jadi menghasilkan keputusan yang menyedihkan. Pelajar boleh jadi akan menghafal definisi berbanding dengan mampu sebenar-benarnya untuk menggunakan perbendaharaan kata baru yang diterima mereka itu ke dalam perbincangan dan penulisan akademik mereka. Selain itu, memberikan penumpuan hanya kepada perbendaharaan pra-pemilihan sahaja tidak akan melengkapkan pelajar bahasa Inggeris dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan mereka untuk menjadi pelajar yang lebih berdaya kendiri.

Sebagai pengenalan kepada masukan ini, apakah yang dimaksudkan dengan bahasa Inggeris akademik? Anda mungkin berasa selesa menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian, namun jenis bahasa Inggeris yang perlukan untuk pengajian anda mungkin berbeza sedikit daripada yang anda gunakan sehari-hari. Jadi, bahasa Inggeris ini digelar sebagai bahasa Inggeris akademik kerana ia memang digunakan untuk tujuan akademik sebagai contoh apabila anda ingin membaca atau memahami bahan berkaitan dengan pengajian anda. Di samping itu, anda memerlukan bahasa Inggeris jenis ini untuk menulis berkenaan dengan subjek pengajian anda. Bahasa Inggeris akademik ini berbeza dengan bahasa Inggeris perbualan harian kerana ia digunakan untuk menjelaskan secara mendalam subjek-subjek pengajian anda. Ia boleh digunakan untuk menjelaskan mengenai sesuatu objek, situasi, proses atau bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi serta berlaku.  

Rujukan
  • Dr. Sydney Snyder, Teaching Academic Vocabulary to English Learners: Questions & Answers, Education Dot Com, 12 September 2018 (online)
  • Miranda Legg et. al., Academic English, Hong Kong University Press (online) 

Sabtu, 12 Julai 2014

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing


Sebagai pengenalan, aku membuka halaman ini untuk dijadikan sebagai ruangan uji kaji bagi pembelajaran bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris sebenarnya adalah bahasa asing pertama yang aku kenali dalam pendidikan formal di sekolah. Jadi berikut adalah pengalaman pendidikan bahasa Inggeris aku sebagai seorang murid di sekolah kebangsaan.
Gambar hiasan di atas adalah buku belajar bahasa Inggeris sendiri tanpa menghadiri kelas dari siri Teach Yourself berjudul, "Complete English as a Foreign Language" oleh Sandra Stevens. Aku pernah membeli buku dari siri ini untuk bahasa lain seperti bahasa Sepanyol, bahasa Sanskrit dan bahasa Korea. Siri buku bahasa Korea telah aku hadiahkan kepada adik perempuan bongsu aku dengan harapan beliau dapat meneruskan pengajian bahasa Korea serta mendapat pekerjaan yang baik. Namun, malang sekali kerana dia hanya berjaya berkahwin dan menjadi seorang suri rumah tanpa sebarang pendapatan walaupun untuk dirinya sendiri. Sekian, terima kasih.