Sabtu, 12 Julai 2014

Sumber Rujukan Bahasa Inggeris

Sebenarnya aku diperkenalkan dengan sebutan fonetik bahasa Inggeris ini semasa aku mengambil kelas di British Council di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Guru kelas aku ketika itu adalah Puan Janette Bradson dari Manchester, United Kingdom.

Pengalaman dan pandangan aku, click here please.
 
Rujuklah pautan berikut untuk membetulkan sebutan fonetik bahasa Inggeris anda walaupun anda bercakap dengan berpelat sekalipun:
Mudahkan, dengan internet? Anda tak perlu membazir masa atau membayar RM700-RM900 semata-mata untuk menyertai satu kelas di British Council yang mahal itu. Kalau nak belajar Middle English atau belajar sastera Inggeris, bukalah Bible King James. Malas nak membazir duit beli, buka internet dan cetak keluar. Daripada menjadikan United Kingdom lebih kaya, lebih baik kita mengkayakan diri sendiri sahaja.

Selain daripada itu, internet juga dapat dimanfaatkan untuk kebaikan diri dan orang lain. Daripada melayan benda-benda merapu di media sosial nan bangsat itu.