Baca Selanjutnya - “Kita Menjadi Mangsa Kejayaan Kita Sendiri”

Walaupun beberapa sekolah lain mempunyai aliran atau unit berbahasa Ireland. Namun, hal ini bermakna sesetengah ibu bapa seperti Nadia Mcveigh dari Newry berhadapan dengan keadaan di mana anak-anak mereka terpaksa meninggalkan pendidikan berbahasa Ireland apabila tamat sekolah rendah. Anal lelaki Nadia bersekolah di Bunscoil di Newry dan Naiscoil di tahap prasekolah termasuk seorang dengan Keperluan Pendidikan Khas (SEN). Beliau berkata bahawa keadaan ini amat 'mengecewakan' kerana tiada sekolah menengah berbahasa Ireland berdekatan untuk anak lelakinya yang berusia 10 tahun. 'Anak saya benar-benar seronok berbahasa Ireland dan kami menggunakannya di rumah setiap hari.' 'Terdapat banyak kajian tentang kanak-kanak dwibahasa yang menunjukkan mereka mampu berfikir secara berbeza dalam dua bahasa. dan hal ini sangat mengagumkan saya.' Beliau menambah lagi, 'semestinya kita harus mempunyai lebih banyak pilihan supaya kanak-kanak dapat meneruskan penggunaan bahasa Ireland di Gaelscoil.'

Maria Thomasson daripada kumpulan advokasi Comhairle na Gaelscolaiochta berkata, 'pertumbuhan pendidikan berbahasa Ireland menjadi bukti kerja gerakan akar umbi mereka yang tidak mengenal penat lelah selama bertahun-tahun'. Namun, beliau menegaskan bahawa peningkatan jumlah murid ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk lebih banyak sekolah menengah khususnya di kawasan seperti Belfast, Fermanagh, Tyrone dan selatan Down. Menurut beliau lagi, 'kanak-kanak sepatutnya memulakan pengembaraan pendidikan yang menyeronokkan dan memperkaya pengalaman di prasekolah serta meneruskannya di peringkat menengah. Malang sekali sekiranya mereka terpaksa meninggalkan aliran bahasa Ireland dan beralih ke bahasa Inggeris apabila mereka masuk ke pendidikan peringkat menengah.' Thomasson berkata bahawa, 'sebagai sebuah sektor, kami berkembang pesat namun kini kami menjadi mangsa kepada kejayaan kami sendiri.' Beliau selanjutnya menyebut bahawa, 'Jabatan Pendidikan memandang remeh pertumbuhan dan permintaan terhadap pendidikan berbahasa IrelandKekangan kewangan untuk melaksanakan perkara yang perlu dilakukan ini benar-benar menyedihkan.'

Jabatan Pendidikan kini sedang membangunkan satu strategi pendidikan berbahasa Ireland yang dijangka hanya siap pada tahun 2027. Ahli Dewan Undangan Sinn Fein Sheehan juga telah membentangkan rang undang-undang kepada Dewan bagi memaksa Jabatan Pendidikan membangunkan pelan tenaga kerja bagi sektor berbahasa Ireland.

Aine Ni Eachain menjadi guru besar di Naiscoil na Seolta yang merupakan sebuah prasekolah bersepadu yang berbahasa Ireland pertama di timur Belfast. Beliau dalam kenyataannya kepada BBC News NI berkata bahawa, 'kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang bertutur dalam bahasa kedua mempunyai lebih banyak peluang dan pilihan pekerjaan yang lebih baik. saya berbangga mengatakan bahawa saya seorang penutur bahasa Ireland dan sebahagian daripada. Kini saya membantu generasi seterusnya membuka lebih banyak pintu kepada pelbagai peluang pula.' Namun beliau juga berkata bahawa terdapat keperluan untuk lebih banyak sekolah menengah berbahasa Ireland di Ireland Utara. 'Ibu bapa perlu diberikan lebih banyak pilihan berbanding dengan terpaksa menghantar anak-anak mereka menaiki bas selama 40 minit semata-mata untuk memberikan peluang kepada anak-anak mereka belajar dalam bahasa ibundaKita ingin melihat lebih banyak sekolah menengah berbahasa Ireland dan lebih ramai orang yang mahu meneruskan pendidikan sehingga ke peringkat tinggi dalam bahasa Ireland.'

Sekolah berbahasa Ireland yang pertama, Bunscoil Phobal Feirste, ditubuhkan di barat Belfast lebih 50 tahun lalu. Ia hanya mempunyai beberapa murid di dalam sebuah bilik darjah ketika ditubuhkan pada tahun 1971 namun kini jumlah muridnya sudah mencecah lebih 450 orang. Guru besar sekolah tersebut, Seamus O Tuama yang juga merupakan bekas murid sekolah tersebut berkata, 'apabila kita fikir bahawa ia bermula di sini dalam sebuah pondok dengan hanya segelintir kanak-kanak saja dan kini ia telah pun menjadi secebis kecil daripada kisah yang lebih besar walaupun ia bermula di sini. Sekarang apabila saya duduk dalam pejabat di sebuah bangunan yang indah dengan ramai murid di dalamnya. Ia adalah sesuatu yang cukup hebat. Tetapi sekali lagi, kami mungkin sedang menghampiri had kapasiti kami sendiri. Jadi inilah kisah kejayaan namun ia memerlukan pengiktirafan rasmi melalui strategi dan penambahan sumber.' O Tuama selanjutnya berkata lagi bahawa masih ada keperluan untuk lebih banyak sokongan bagi sektor berbahasa Ireland yang sedang berkembang. Sebagai contoh, keperluan kepada penyediaan Keperluan Pendidikan Khas atau Special Educational Needs (SEN). Mereka juga mempunyai unit Specialist Provision in Mainstream (SPIM)Colaiste Feirste juga mempunyai unit SPIM namun timbul juga persoalan sama ada terdapat keperluan sekolah khusus dengan medium bahasa Ireland bagi murid dalam SEN.

Angka daripada Jabatan Pendidikan menunjukkan hanya 652 murid menghadiri sekolah rendah berbahasa Ireland pada tahun 2001 berbanding 4.731 orang murid pada tahun 2025. Ia menunjukkan peningkatan lebih 600 peratus. Pertumbuhan di peringkat menengah juga adalah signifikan dengan 342 murid di sekolah dan unit pada tahun 2001 berbanding 2,071 pada tahun 2025.

Peningkatan jumlah ini menyebabkan sekolah menengah dengan medium bahasa Ireland seperti Colaiste Feirste di Belfast bergelut untuk mendapatkan ruangan yang mencukupi bagi menampung seramai 1,000 orang murid. Menteri Pendidikan, Paul Givan, telah memperkenal skim biasiswa bagi menarik lebih ramai guru dalam bidang matematik, sains dan teknologi supaya mengajar di sekolah berbahasa Ireland. Keperluan untuk lebih ramai guru berbahasa Ireland di peringkat menengah sebelum ini juga telah diketengahkan oleh sektor berbahasa Ireland.