Memaparkan catatan dengan label england. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label england. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mac 2026

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Global

Bahasa Inggeris ialah sejenis bahasa Jermanik Barat yang muncul di England pada zaman pertengahan awal dan sejak itu telah menjadi lingua franca global. Nama bahasa ini berasal daripada nama puak Angles, iaitu suku kaum Jermanik yang berhijrah ke Britain selepas berakhirnya pemerintahan Romawi. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak dituturkan di dunia terutamanya sekali disebabkan oleh pengaruh global bekas Empayar British yang kemudiannya dikenali sebagai Commonwealth of Nations dan Amerika Syarikat (AS). Ia juga menjadi bahasa kedua yang paling banyak dipelajari di dunia dengan penutur bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua melebihi jumlah penutur asli bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris hanya menduduki tempat ketiga sebagai bahasa ibunda yang paling ramai penuturnya selepas bahasa Cina (Mandarin) dan bahasa Sepanyol.

Bagi kursus bahasa Inggeris, aku masukkan beberapa halaman yang boleh digunakan untuk pembelajaran sebagai rujukan di sini:
Rujukan umum dalam bahasa Inggeris boleh didapati dalam tajuk English language melalui ensiklopedia dalam talian, Wikipedia. Mohon masukkan rujukan terperinci supaya penyelidikan dapat dijalankan dengan lebih lanjut. Sekian, terima kasih.

Ahad, 20 Jun 2021

Perbicaraan Ahli Sihir Pendle

 

Perbicaraan ahli sihir Pendle pada tahun 1612 adalah merupakan perbicaraan ahli sihir yang terkenal sekali dalam sejarah Inggeris. Ia adalah perbicaraan yang terbaik sekali pernah direkodkan dalam abad ke-17 masihi. Tertuduh seramai 12 orang itu tinggal di kawasan Bukit Pendle di Lancashire. Mereka dituduh membunuh 10 orang dengan menggunakan ilmu sihir. Semua kecuali dua orang dibicarakan di Lancaster Assizes pada 18-19 Ogos 1612 bersama dengan ahli sihir Samlesbury dan lain-lain. Siri perbicaraan ini dikenali sebagai the Lancashire Witch Trials atau Perbicaraan Ahli Sihir Lancashire. Seorang lagi dibicarakan di York Assizes pada 27 Julai 1612 manakala seorang lagi mati dalam penjara. Daripada 11 yang dibicarakan - sembilan wanita dan dua lelaki - 10 orang didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati. Seorang didapati tidak bersalah.

Sumber gambar oleh John Gilbert dari buku The Lancashire Witches hasil karya William Harrison Ainsworth edisi tahun 1854.

Isnin, 9 November 2020

Hantu dalam Kepercayaan Masyarakat Berbahasa Inggeris

 

Terdapat kepercayaan yang meluas dalam kebudayaan masyarakat berbahasa Inggeris mengenai ghost atau hantu. Hantu ini adalah jelmaan dari semangat orang yang sudah mati. Kepercayaan ini boleh dikesan dari kepercayaan animisme atau pemujaan nenek moyang sebelum berlaku pembaptisan orang Inggeris ke dalam agama Kristian. Konsep ini menjadi tema yang sejajar dalam kesusasteraan dan kesenian di negara-negara berbahasa Inggeris.

Jenis-jenis hantu yang kita boleh dapati dalam kebudayaan mereka ini juga ada banyak jenis. Antaranya adalah seperti berikut:
Sekian, terima kasih. 

Jumaat, 8 Ogos 2014

Kemahiran Bahasa Inggeris Akademik


Sudah menjadi kebiasaan apabila mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar bahasa Inggeris, buku teks atau perancangan unit akan menyediakan senarai perbendaharaan kata yang banyak sekali. Persoalannya di sini, perlukah pelajar diajar sedalam itu? Risiko dalam menyumbat semua perkataan tersebut kepada pelajar bahasa Inggeris boleh jadi menghasilkan keputusan yang menyedihkan. Pelajar boleh jadi akan menghafal definisi berbanding dengan mampu sebenar-benarnya untuk menggunakan perbendaharaan kata baru yang diterima mereka itu ke dalam perbincangan dan penulisan akademik mereka. Selain itu, memberikan penumpuan hanya kepada perbendaharaan pra-pemilihan sahaja tidak akan melengkapkan pelajar bahasa Inggeris dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan mereka untuk menjadi pelajar yang lebih berdaya kendiri.

Sebagai pengenalan kepada masukan ini, apakah yang dimaksudkan dengan bahasa Inggeris akademik? Anda mungkin berasa selesa menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian, namun jenis bahasa Inggeris yang perlukan untuk pengajian anda mungkin berbeza sedikit daripada yang anda gunakan sehari-hari. Jadi, bahasa Inggeris ini digelar sebagai bahasa Inggeris akademik kerana ia memang digunakan untuk tujuan akademik sebagai contoh apabila anda ingin membaca atau memahami bahan berkaitan dengan pengajian anda. Di samping itu, anda memerlukan bahasa Inggeris jenis ini untuk menulis berkenaan dengan subjek pengajian anda. Bahasa Inggeris akademik ini berbeza dengan bahasa Inggeris perbualan harian kerana ia digunakan untuk menjelaskan secara mendalam subjek-subjek pengajian anda. Ia boleh digunakan untuk menjelaskan mengenai sesuatu objek, situasi, proses atau bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi serta berlaku.  

Rujukan
  • Dr. Sydney Snyder, Teaching Academic Vocabulary to English Learners: Questions & Answers, Education Dot Com, 12 September 2018 (online)
  • Miranda Legg et. al., Academic English, Hong Kong University Press (online