Peristilahan Ghost

Perkataan ghost dalam bahasa Inggeris moden adalah merupakan kesinambungan dari perkataan bahasa Inggeris lama iaitu gast. Hipotesis bagi asal-usul perkataan ini adalah dari bahasa Germanic biasa iaitu gaistaz di sebelah barat. Sedangkan di sebelah utara dan timur bangsa Germanic menggunakan perkataan lain. Contohnya bahasa Gothic di timur menggunakan istilah ahma dan bahasa Norse lama di utara menggunakan andi untuk maskulin dan ond untuk feminin.

Bentuk pra-Germanik bagi ghost adalah ghoisdo-s. Jelas sekali ia berasal dari kata akar yang membawa maksud "kemarahan, murka" seperti yang tercermin dalam istilah bahasa Norse lama iaitu geisa, bermaksud "berang". Perkataan bahasa Germanic hanya direkodkan sebagai maskulin sahaja, namun ia diteruskan lagi dengan penggunaan imbuhan neuter -s. Maksud asal perkataan bahasa Germanic ini memaparkan prinsip minda, khususnya kebolahan untuk mencetuskan kemarahan. Dalam kepercayaan pagan bangsa Germanic, dewa Mercury dan kemudian dewa Odin, pada masa yang sama dianggap sebagai dewa kematian dan dewa kemarahan yang membawa kepada Wild Hunt.

Selain daripada merujuk kepada roh manusia, sama ada yang hidup atau yang sudah meninggal dunia, perkataan bahasa Inggeris lama itu digunakan sebagai sinonim kepada perkataan spiritus dalam bahasa Latin yang bermaksud "nyawa, nafas" dari rujukan abad ke-9 masihi. Perkataan ghost juga boleh merujuk kepada semangat baik atau semangat jahat contohnya seperti malaikat dan syaitan. Injil dalam bahasa Anglo-Saxon merujuk kepada kerasukan syaitan sebagai se unclaena gast (Matthew 12:43). Begitu juga dengan Roh Kudus dalam bahasa Melayu moden boleh menjadi terjemahan kepada Holy Ghost dalam bahasa Inggeris lama. Dalam konteks terkini, "roh orang yang sudah mati, disebut seolah-olah jasad wujud" ini hanya muncul dalam bahasa Inggeris pertengahan dalam abad ke-14 masihi.

Kata nama bahasa Inggeris walau bagaimanapun, masih lagi mengekalkan sebahagian besar bidang pemakaiannya dengan meluaskan lagi maksudnya kepada roh dan semangat, prinsip kehidupan, akal, minda dan jiwa, tempat bersemayam perasaan, pemikiran dan penilai kepada akhlak. Selain itu, ia digunakan juga secara figuratif bagi sebarang imej yang berbayang, rupa yang kabur dan pecah dalam optik, fotografi, sinematografi terutamanya cetusan api, imej sekunder atau isyarat palsu.

Sinonim spook dalam kata pinjaman bahasa Belanda juga setara dengan perkataan spok dalam bahasa Jerman rendahan. Ia masuk ke bahasa Inggeris melalui Amerika Syarikat pada abad ke-19 masihi. Perkataan alternatif dalam penggunaan moden termasuklah spectre dari perkataan spectrum dalam bahasa Latin, wraith dari bahasa Scottish, phantom dari bahasa Perancis yang meminjamnya dari bahasa Yunani dan apparition.

Istilah shade dalam dongeng klasik menterjemahkan perkataan thakia dalam bahasa Yunani atau umbra dalam bahasa Latin bagi merujuk kepada roh di alam bawah Yunani. Haint juga digunakan sebagai sinonim bagi ghost dalam bahasa Inggeris tempatan di selatan Amerika Syarikat. Contohnya, "haint tale" merupakan ciri yang terkenal dalam tradisi lisan dan kesusasteraan bahasa Inggeris di selatan Amerika Syarikat. Istilah poltergeist dalam bahasa Jerman merujuk kepada "hantu pembuat bising". Ia adalah sejenis roh yang menjelmakan dirinya dengan membuat barangan bergerak atau memberikan pengaruh ke atas bahan-bahan di sekitarnya.

Wraith pula adalah perkataan dalam bahasa Scottish yang bermaksud, "ghost, spectre atau apparition". Ia digunakan dalam kesusasteraan romantik di Scotland dan digunakan dalam konteks yang lebih umum atau figuratif untuk "petanda, ramalan". Pada abad ke-18 sehingga ke-19, sastera Scotland menggunakan perkataan wraith ini untuk merujuk juga kepada roh atau semangat air. Perkataan ini tidak mempunyai etimologi yang diterima ramai. Kamus Bahasa Inggeris Lama mencatitkan bahawa perkataan ini "mempunyai asal-usul yang kabur" sahaja. Perkaitan dengan kata kerja writhe adalah merupakan etimologi yang digemari oleh J.R.R. Tolkien. Penggunaan perkataan ini oleh Tolkien untuk menamakan makhluk yang dikenali sebagai Ringwraiths telah mempengaruhi penggunaannya pada kemudian hari dalam sastera fantasi. Bogey atau bogy atau bogie pula merujuk kepada sejenis hantu dan muncul dalam karya Hallowe'en oleh John Mayne, seorang pemuisi dari Scotland pada tahun 1780.           

Revenant pula merujuk kepada orang yang sudah mati namun kembali semula dari kematian untuk menghantui mereka yang masih hidup sama ada sebagai hantu atau sebagai mayat bergerak yang digelar sebagai undead. Di samping itu, konsep fetch juga berkaitan dengan hal ini. Fetch ini merujuk kepada roh yang nyata pada penglihatan atau roh orang yang masih hidup dalam fenomena meraga sukma.