Wills-o'-the-wisp

Dalam penglipurlara, seekor will-o'-the-wisp, will-o'-wisp atau dalam bahasa Latinnya, ignis fatuus (jamak. ignes fatui) yang bermaksud api bodoh ini adalah sejenis cahaya hantu yang menjadikan suasana seram apabila dilihat oleh pengembara pada waktu malam. Ia didapati terawang-awang di atas kawasan lecak, berpaya atau lopak air.

Fenomena ini dikenali juga dalam kebanyakan penglipurlara Eropah dengan pelbagai nama, termasuklah jack-o'-lantern, friar's lantern atau hinkypunk yang didakwa menyesatkan pengembara dengan merupa sebagai lampu bernyala atau tanglung. Dalam sastera, will-o'-wisp secara metaforanya merujuk kepada harapan atau matlamat yang membawa seseorang itu kepada sesuatu tujuan namun ia adalah mustahil. Selain itu, ia juga membawa maksud sesuatu yang pelik atau sinister, jahat. Wills-o'-the-wisp muncul dalam kisah rakyat dan legenda tradisional dalam banyak negara atau kebudayaan. Contoh terkenal yang boleh kita tampilkan di sini termasuklah seperti berikut:

  • St. Louis Light di Saskatchewan, Kanada;
  • The Spooklight di Missouri Barat Daya dan Oklahoma Timur Laut;
  • Bola Api Naga di Mekong, Thailand dan Laos;
  • The Paulding Light di Semenanjung Atas Michigan; dan
  • Hessdalen Light di Norway.    

Dalam penglipurlara, wills-o'-the-wisp ini seringkali dikaitkan dengan hantu, peri atau semangat alam. Namun, sains moden menjelaskan cahaya ini sebagai fenomena alam semulajadi yang dikenali sebagai bioluminescence atau chemiluminescence yang disebabkan oleh pengoksidaan fosfin (PH3) dan metana (CH4) hasil dari pereputan organik.