Ghost dalam Tradisi Inggeris

Zaman Pertengahan

Hantu pada zaman pertengahan di England adalah lebih besar berbanding dengan hantu yang digambarkan dalam zaman Victoria. Terdapat juga kisah mengenai hantu yang bertarung dan dikekang secara fizikal sehinggalah seorang paderi tiba bagi mendengar pengakuan taubatnya. Sesetengah hantu pula adalah kurang legap. Mereka boleh menembusi dinding. Mereka selalu digambarkan sebagai roh manusia yang pucat dan sedih serta berpakaian compang-camping. Kebanyakan orang melaporkan bahawa mereka terserempak dengan hantu yang berjantina lelaki. Terdapat juga kes yang dilaporkan mengenai tentera hantu yang bertarung dalam peperangan pada waktu malam di hutan atau di tinggalan Zaman Besi di kubu bukit seperti di Wandlebury, dekat dengan Cambridge, England. Kesatria hidup suatu ketika dahulu pernah dicabar supaya bertarung satu sama satu oleh kesatria hantu yang akan menghilang sekiranya ia tewas.

Zaman Tudor

Salah satu daripada hantu yang terkenal dalam sastera bahasa Inggeris adalah The Shade of Hamlet's murdered Father in Shakespeare's dalam The Tragical History of Hamlet, Prince of Denmark. Dalam Hamlet, hantu telah meminta bantuan Putera Hamlet untuk menyiasat 'kekejian pembunuhnya' dan membalas dendam terhadap Raja Claudius, bapa saudara baginda yang merampas takhta. Dalam Macbeth karangan Shakespeare, Banquo yang terbunuh kembali semula sebagai hantu kerana kecewa dengan Macbeth yang menjadi tajuk cerita itu.

Dalam teater Inggeris zaman Renaissance, hantu sering digambarkan dalam pakaian orang hidup dan juga dalam baju zirah tentera seperti hantu ayahanda Putera Hamlet. Baju zirah yang sudah ketinggalan zaman semasa zaman Renaissance memberikan perasaan bahawa hantu-hantu yang dipaparkan itu adalah dari zaman purba. Namun hantu berupa lembaga berkelubung dengan kain putih mula popular di teater pementasan pada abad ke-19 masihi kerana hantu berbaju zirah tidak lagi mampu menimbulkan rasa seram dengan jayanya kepada para penonton. Baju zirah berbunyi seperti periuk berlaga dan berkeriut serta perlu digerakkan dengan sistem penarik yang rumit atau sistem pengangkat. Hantu yang berdentang-denting semasa diangkat itu menjadi bahan persendaan orang ramai kerana ia menjadi elemen pementasan yang cliché.

Ann Jones dan Peter Stallybrass dalam Renaissance Clothing and the Materials of Memory, menggariskan, "Hakikatnya, disebabkan hantu dalam baju zirah mula menjadi bahan ketawa maka ia muncul semula dalam bentuk 'roh yang berkelubung'." Pemerhatian menarik oleh Jones dan Stallybrass menunjukkan bahawa

"... pada satu tahap sejarah di mana hantu-hantu sendiri menjadi tidak masuk akal, sekurang-kurangnya bagi kelompok elit, untuk mempercayai mereka maka perlu bagi mereka untuk menekankan ciri-ciri halimunan dan tidak berjisim pula. Hantu berkelubung menjadi satu kemestian kini, seperti juga hantu dalam bentuk rohani. Hantu dari zaman Renaissance, Yunan dan Romawi mula melencong dari bentuk asalnya apabila dipentaskan. Ciri utama yang diperhatikan pada hantu zaman Renaissance ini adalah jisimnya. Mereka muncul di hadapan penonton dalam pakaian."

Zaman Stuart dan Georgian

Hantu seringkali muncul dalam balada tradisional British antara abad ke-16 dan abad ke-17 masihi, khususnya dalam "Border ballads" dari sempadan negara bergolak antara England dan Scotland. Balada jenis ini termasuklah The Unique Grave, The Wife of Usher's Well dan Sweet William's Ghost yang menampilkan tema berulang mengenai kekasih yang sudah mati tetapi kembali semula sebagai hantu atau kanak-kanak yang kembali sebagai hantu. Dalam balada King Henry, hantu yang kebuluran diceritakan memakan kuda raja dan anjing sebelum memaksa raja melakukan hubungan intim dengannya. Raja terjaga dan mendapati bahawa hantu itu menjadi seorang wanita rupawan.

Salah satu daripada kemunculan awal hantu-hantu adalah dalam sebuah kisah Gothic berjudul The Castle of Otranto oleh Horace Walpole pada tahun 1764.

Cerpen oleh Washington Irving berjudul The Legend of Sleepy Hollow (1820) didasarkan kepada kisah rakyat Jerman menampilkan Headless Horseman atau tentera berkuda tanpa kepala. Ia kemudian diadaptasi menjadi filem dan siri televisyen berkali-kali seperti Sleepy Hollow yang menerima sambutan hangat pada tahun 1999.

Zaman Victoria dan Edwardian

Cerita hantu "klasik" timbul semasa zaman Victoria dengan munculnya penulis seperti M.R. James, Sheridan Le Fanu, Violet Hunt dan Henry James. Cerita hantu klasik dipengaruhi oleh tradisi cerita rekaan Gothic dan mengandungi unsur-unsur cerita rakyat serta psikologi.

M.R. James merumuskan semua unsur penting dalam sebuah cerita hantu sebagai, "Kedengkian dan keganasa, pandangan wajah yang jahat, 'senyuman sinis', merupa dalam kegelapan dan 'teriakan yang panjang serta jauh', semuanya terkumpul dan titsan darah, ditumpahkan dengan sengaja sambil dititipkan ke tubuh..."

Hantu dalam kesusasteraan terkenal dari zaman ini juga adalah dalam A Christmas Carol. Dalam cerita ini Ebenzer Scrooge dibantu untuk merenung semula kesilapannya oleh Jacob Marley, hantu bekas rakan sekerjanya dan hantu-hantu dari Christmas yang lampau, kini dan akan datang.

Komedi Oscar Wilde berjudul The Canterville Ghost juga diadaptasi menjadi filem dan siri televisyen. Begitu juga dengan The Turn of the Screw oleh Henry James juga muncul beberapa kali dalam adaptasi yang jelas sekali dalam filem the Innocents serta opera oleh Benjamin Britten berjudul The Turn of the Screw.

Di samping itu, opera oleh Oscar Telgmann berjudul Leo, The Royal Cadet (1885) termasuklah Judge's Song menceritakan mengenai hantu di Kolej Tentera Diraja di Kingston, Ontario, Kanada.

Di Amerika Syarikat, sebelum dan ketika Perang Dunia Pertama, pengkaji cerita rakyat iaitu Olive Dame Campbell dan Cecil Sharp mengumpulkan balada dari penduduk di Pergunungan Appalachian. Cerita yang mereka kumpulkan termasuklah yang bertemakan hantu seperti The Wife of Usher's Well, The Suffolk Miracle, The Unquiet Grave dan The Cruel Ship's Carpenter.

Tema-tema balada mengenai hantu ini selalunya adalah mengenai kepulangan kekasih yang sudah mati. Lagu-lagunya adalah pelbagai dari balada Ango-Scottish tradisional yang diturunkan bergenerasi oleh penduduk gunung yang berketurunan dari penduduk di sempadan England dan Scotland. Contohnya, balada anak berjudul Sweet William's Ghost (1868) mengisahkan mengenai hantu yang pulang merayu kepada seorang wanita supaya membebaskannya dari janji untuk mengahwininya kerana rohnya menjadi tidak tenang disebabkan janji itu. Kengganan wanita itu akan menyebabkan rohnya dilaknat. Hal ini mencermikan kepercayaan British yang popular iaitu kekasih yang sudah meninggal dunia menghantui kekasihnya jika dia mencari kekasih baru tanpa melepaskannya secara rasmi. Cerita The Unquiet Grave pula menceritakan mengenai kepercayaan di sekitar benua Eropah. Hantu-hantu ini boleh jadi muncul dari kesedihan yang melampau mereka yang masih hidup dan menangisi kematian si mati. Keadaan ini menyebabkan roh mereka tidak dapat bersemadi dengan tenang.