Kursus Pelajaran Bahasa Inggeris untuk Kamu

 

Halaman ini dibuka pada 27 Disember 2018 kerana aku cuba untuk menambah baik bahasa Inggeris aku melalui kursus ini. Ia mempunyai seramai 11 orang guru bahasa Inggeris dan 900 pelajaran. Aku dapati kursus ini agak menarik kerana ia mengetengahkan ciri-ciri linguistik bahasa Inggeris basahan dalam perbualan seharian kita. Kadang-kala aku rasa susah untuk berbual dengan orang kerana bahasa Inggeris yang aku pelajari di sekolah tidak mengajar semua aspek penting bahasa Inggeris pun. Aku akan bahagikan nota aku mengikut bulan-bulan sahaja.

Sumber nota yang di atas itu boleh didapati dari saluran English with Ronnie dalam akaun Engvid di platform Youtube.