Pandangan Moden mengenai Ghost

Era Moden - 1920 sehingga 1970

Ahli parapsikologi profesional dan pemburu hantu seperti Harry Price yang aktif sekitar tahun 1920an dan 1930an serta Peter Underwood yang aktif sekitar 1940an dan 1950an telah menerbitkan pengalaman mereka secara dokumen dengan kisah-kisah hantu yang menurut mereka adalah benar. Harry Price menerbitkan The Most Haunted House in England dan Peter Underwood menerbitkan Ghosts of Borley.

Kisah hantu baik untuk kanak-kanak suatu ketika dahulu juga popular. Contohnya seperti Casper the Friendly Ghost yang dicipta pada 1930an. Ia muncul dalam komik-komik, kartun animasi dan akhirnya menjadi sebuah filem pada tahun 1995. Selain daripada itu, lakonan teater Blithe Spirit oleh Noel Coward kemudian menjadi sebuah filem menampilkan lebih banyak unsur humor dalam fenomena tempat yang berhantu atau mengenai individu yang dihantui.

Dengan kemunculan gambar-gambar bergerak dan televisyen, gambaran layar hantu pun menjadi meluas dan berkembang kepada pelbagai genre. Karya-karya oleh William Shakespeare, Charles Dickens dan Oscar Wilde kemudian menaiki layar panggung wayang. Kisah-kisal novel sukar sekali untuk disesuaikan dengan bentuk wayang walaupun novel seperti The Haunting of Hill House dan The Haunting pada tahun 1963 berjaya disesuaikan dengan tayangan wayang.

Gambaran sentimenal pada zaman ini lebih popular dalam panggung wayang berbanding dengan gambaran seram. Hal ini termasuklah dalam filem The Ghost and Mrs. Muir pada 1947 yang kemudian disesuaikan ke dalam versi tayangan televisyen dengan jayanya sebagai siri TV pada tahun 1968 sehingga 1970. Filem seram psikologi sejati dari zaman ini termasuklah juga filem The Uninvited pada tahun 1944 dan Dead of Night pada tahun 1945.

Pasca Moden - 1970 sehingga Kini

Tahun 1970an menyaksikan paparan genre hantu yang berbeza di layar berbahasa Inggeris sama ada romantik atau seram. tema yang meluas dalam genre romantik dari zaman ini adalah mengenai hantu yang digambarkan sebagai penunjuk arah yang baik atau utusan yang selalunya mempunyai urusan yang tertangguh disebabkan kematiannya. Hal ini boleh dilihat dalam Field of Dreams pada tahun 1989, Ghost pada tahun 1990 dan filem komedi berjudul Heart and Souls pada tahun 1993. Genre seram seperti filem The Fog pada tahun 19800 dan siri filem berjudul A Nightmare on Elm Street dari tahun 1980an dan 1980an merupakan contoh trend kisah hantu mula digabungkan dengan babak yang berbentuk keganasan fizikal.

Tema pemburu hantu pula dipopularkan menerusi filem komedi Ghostbusters pada tahun 1984. Pemburuan hantu ini menjadi hobi orang ramai yang membentuk pertubuhan mencari hantu bagi menjelajahi kawasan-kawasan berhantu. Tema pemburuan hantu ini juga dipaparkan dalam siri-siri realiti televisyen seperti Ghost Adventures, Ghost Hunters, Ghost Hunters International, Ghost Lab, Most Haunted dan A Haunting. Pemburuan hantu turut menjadi tema dalam rancangan televisyen untuk kanak-kanak seperti The Ghost Hunter dan Ghost Trackers. Pemburuan hantu juga menimbulkan pelbagai buku panduan mengenai tempat-tempat berhantu dan buku kaedah memburu hantu.

Tahun 1990an menyaksikan kemunculan semula hantu-hantu Gothic yang lebih memberikan kesan psikologi berbanding fizikal. Contoh filem sebegini dari tahun 1999 adalah The Sixth Sense dan The Others pada tahun 2001. Menurut Perkhidmatan Berita Kaji Selidik Gallup, kepercayaan kepada rumah berhantu, hantu-hantu, komunikasi dengan orang yang sudah mati dan ahli sihir meningkat dengan drastik pada tahun 1990an di Amerika Syarikat. Pada tahun 2005, kaji selidik Gallup mendapati bahawa sebanyak 32 peratus daripada rakyat Amerika Syarikat mempercayai kewujudan hantu.