Memaparkan catatan dengan label ireland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ireland. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mac 2026

“Kita Menjadi Mangsa Kejayaan Kita Sendiri” – Pejuang Bahasa Ireland

Kekurangan sekolah menengah berbahasa Ireland di Ireland Utara digambarkan sebagai 'mengecewakan' oleh ibu bapa, guru-guru dan aktivis bahasa.

Isu ini timbul apabila angka baru daripada Jabatan Pendidikan atau Department of Education (DE) menunjukkan bahawa terdapat hampir 400 peratus dalam tempoh 25 tahun lalu bagi jumlah murid dalam pendidikan berbahasa Ireland. Walau bagaimanapun, hal ini juga bermakna permintaan untuk tempat semakin meningkat. Menurut seorang pemimpin aktivis bahasa Ireland, "kita menjadi mangsa kejayaan kita sendiri."

Pada tahun 2001, terdapat seramai 1,602 orang murid dalam pendidikan berbahasa Ireland berbanding 7,811 orang murid pada tahun 2025. Kini, hanya terdapat dua buah sekolah menengah sahaja yang berbahasa Ireland di Ireland Utara iaitu di Belfast dan Dungiven. Ungkapan ini jelas menunjukkan paradoks, "kejayaan besar dalam meningkatkan minat terhadap bahasa Ireland akhirnya menimbulkan cabaran yang baru pula iaitu kekurangan infrastruktur bagi menampung permintaan." Baca selanjutnya dengan klik di sini

Rencana ini disesuaikan ke Bahasa Melayu (Malaysia) dari rencana berbahasa Inggeris berjudul, "'We are victims of our own success' - Irish-language advocate" hasil tulisan Robbie Meredith, Koresponden Pendidikan di Ireland Utara melalui British Broad Casting (BBC) atau Badan Penyiaran British. Selain itu, gambar hiasan di atas berasal dari sumber blogger berjudul, "Irish You Were Here". Di samping itu, sumber rujukan untuk bahasa Ireland akan aku masukkan di sini. Sila rujuk blog asal untuk kredit bagi gambar hiasan. Sekian, terima kasih.  

Isnin, 9 November 2020

Hantu dalam Kepercayaan Masyarakat Berbahasa Inggeris

 

Terdapat kepercayaan yang meluas dalam kebudayaan masyarakat berbahasa Inggeris mengenai ghost atau hantu. Hantu ini adalah jelmaan dari semangat orang yang sudah mati. Kepercayaan ini boleh dikesan dari kepercayaan animisme atau pemujaan nenek moyang sebelum berlaku pembaptisan orang Inggeris ke dalam agama Kristian. Konsep ini menjadi tema yang sejajar dalam kesusasteraan dan kesenian di negara-negara berbahasa Inggeris.

Jenis-jenis hantu yang kita boleh dapati dalam kebudayaan mereka ini juga ada banyak jenis. Antaranya adalah seperti berikut:
Sekian, terima kasih. 

Sabtu, 17 Mac 2018

The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland


The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland selalu juga disebut sebagai the United Kingdom atau Britain adalah merupakan negara berdaulat terletak di hujung barat laut pantai benua Eropah. The United Kingdom ini termasuklah pulau Great Britain atau Britain Raya, pulau timur laut Ireland dan pulau-pulau kecil lain. Ireland Utara adalah satu-satunya bahagian United Kingdom yang berkongsi sempadan dengan negara berdaulat lain iaitu Republik Ireland.
Bagi sumber rujukan umum untuk United Kingdom dan Great Britain, sila klik pada pautan di sini untuk rujukan yang lebih terperinci. Kredit bagi imej hiasan adalah kepada DHgate. Mohon buat rujukan dengan sumber gambar hiasan sekiranya berminat. Sekian, terima kasih. 

Selasa, 12 Ogos 2014

Teluk Galway


If you ever go across the sea to Ireland
Then maybe at the closing of your day
You can sit and watch the moon rise over Caddagh
And see the Sun go down on Galway Bay.

JUst to hear again the ripple of the trout stream
The women in the meadow making hay
Just to sit beside the turf fire in a cabin
And watch the barefoot gosoons as they play.

For the breezes blowing o'er the sea's from Ireland
Are perfumed by the heather as the blow
And the women in the uplands digging praties
Sepak a language that the strangers do not know.

Yet the strangers came and tried to teach us their ways
And they scorned us just for being what we are
But they might as well go chasing after moon beams
Or light a penny ...

Rujukan
  • Galway Bay - the Mystery Man who wrote the Classic Song, Irish Central, 27 Ogos 2019 (online)
  • Dr. Arthur Colahan, Galway Bay, Irish Song Lyrics (online)
  • Don Stiffe sings 'Galway Bay': Traditional Irish Music. LiveTrad, 28 Mei 2013 (Youtube)