Memaparkan catatan dengan label britain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label britain. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Mac 2026

Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Global

Bahasa Inggeris ialah sejenis bahasa Jermanik Barat yang muncul di England pada zaman pertengahan awal dan sejak itu telah menjadi lingua franca global. Nama bahasa ini berasal daripada nama puak Angles, iaitu suku kaum Jermanik yang berhijrah ke Britain selepas berakhirnya pemerintahan Romawi. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak dituturkan di dunia terutamanya sekali disebabkan oleh pengaruh global bekas Empayar British yang kemudiannya dikenali sebagai Commonwealth of Nations dan Amerika Syarikat (AS). Ia juga menjadi bahasa kedua yang paling banyak dipelajari di dunia dengan penutur bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua melebihi jumlah penutur asli bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris hanya menduduki tempat ketiga sebagai bahasa ibunda yang paling ramai penuturnya selepas bahasa Cina (Mandarin) dan bahasa Sepanyol.

Bagi kursus bahasa Inggeris, aku masukkan beberapa halaman yang boleh digunakan untuk pembelajaran sebagai rujukan di sini:
Rujukan umum dalam bahasa Inggeris boleh didapati dalam tajuk English language melalui ensiklopedia dalam talian, Wikipedia. Mohon masukkan rujukan terperinci supaya penyelidikan dapat dijalankan dengan lebih lanjut. Sekian, terima kasih.

“Kita Menjadi Mangsa Kejayaan Kita Sendiri” – Pejuang Bahasa Ireland

Kekurangan sekolah menengah berbahasa Ireland di Ireland Utara digambarkan sebagai 'mengecewakan' oleh ibu bapa, guru-guru dan aktivis bahasa.

Isu ini timbul apabila angka baru daripada Jabatan Pendidikan atau Department of Education (DE) menunjukkan bahawa terdapat hampir 400 peratus dalam tempoh 25 tahun lalu bagi jumlah murid dalam pendidikan berbahasa Ireland. Walau bagaimanapun, hal ini juga bermakna permintaan untuk tempat semakin meningkat. Menurut seorang pemimpin aktivis bahasa Ireland, "kita menjadi mangsa kejayaan kita sendiri."

Pada tahun 2001, terdapat seramai 1,602 orang murid dalam pendidikan berbahasa Ireland berbanding 7,811 orang murid pada tahun 2025. Kini, hanya terdapat dua buah sekolah menengah sahaja yang berbahasa Ireland di Ireland Utara iaitu di Belfast dan Dungiven. Ungkapan ini jelas menunjukkan paradoks, "kejayaan besar dalam meningkatkan minat terhadap bahasa Ireland akhirnya menimbulkan cabaran yang baru pula iaitu kekurangan infrastruktur bagi menampung permintaan." Baca selanjutnya dengan klik di sini. 

Rencana ini disesuaikan ke Bahasa Melayu (Malaysia) dari rencana berbahasa Inggeris berjudul, "'We are victims of our own success' - Irish-language advocate" hasil tulisan Robbie Meredith, Koresponden Pendidikan di Ireland Utara melalui British Broad Casting (BBC) atau Badan Penyiaran British. Selain itu, gambar hiasan di atas berasal dari sumber blogger berjudul, "Irish You Were Here". Di samping itu, sumber rujukan untuk bahasa Ireland akan aku masukkan di sini. Sila rujuk blog asal untuk kredit bagi gambar hiasan. Sekian, terima kasih.  

Ahad, 20 Jun 2021

Perbicaraan Ahli Sihir Pendle

 

Perbicaraan ahli sihir Pendle pada tahun 1612 adalah merupakan perbicaraan ahli sihir yang terkenal sekali dalam sejarah Inggeris. Ia adalah perbicaraan yang terbaik sekali pernah direkodkan dalam abad ke-17 masihi. Tertuduh seramai 12 orang itu tinggal di kawasan Bukit Pendle di Lancashire. Mereka dituduh membunuh 10 orang dengan menggunakan ilmu sihir. Semua kecuali dua orang dibicarakan di Lancaster Assizes pada 18-19 Ogos 1612 bersama dengan ahli sihir Samlesbury dan lain-lain. Siri perbicaraan ini dikenali sebagai the Lancashire Witch Trials atau Perbicaraan Ahli Sihir Lancashire. Seorang lagi dibicarakan di York Assizes pada 27 Julai 1612 manakala seorang lagi mati dalam penjara. Daripada 11 yang dibicarakan - sembilan wanita dan dua lelaki - 10 orang didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati. Seorang didapati tidak bersalah.

Sumber gambar oleh John Gilbert dari buku The Lancashire Witches hasil karya William Harrison Ainsworth edisi tahun 1854.

Isnin, 8 Disember 2014

Senarai Perkataan Bahasa Melayu Malaysia ke Bahasa Inggeris


Berikut adalah senarai kata dalam bahasa Melayu Malaysia dengan padanan bahasa Inggerisnya sebagai rujukan. Sila klik pada pautan berikut untuk merujuk.

A B C D E

F G H I J K

L M N O P

Q R S T U

V W X Y Z

Tiada senarai kata yang menggunakan huruf x dalam ejaan bahasa Melayu di Malaysia. Senarai kata ini boleh digunakan sebagai rujukan bagi peringkat bahasa Inggeris asas. Ia adalah hasil dari carian aku sendiri dari pelbagai sumber dan idea aku sendiri. Aku senaraikan untuk memudahkan mereka yang menggunakan bahasa Melayu dalam membuat pekerjaan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Kamus poket seperti di atas boleh dibeli melalui Amazon.com atau dari laman sesawang kedai buku di Malaysia. Ia berguna untuk rujukan segera pelajar, ahli perniagaan dan juga pelancong di Malaysia, Brunei dan rantau yang berbahasa Melayu lain.