Sekolah Mubaligh Kristian

Mubaligh-mubaligh dari pelbagai mazhab Kristian seperti salasilah Josephian Roman Catholic dan Persaudaraan La Salle, Saint Marcellus, Seven Adventist, Anglican dan Methodist memulakan penubuhan sekolah-sekolah mubaligh mereka sendiri.

Mereka menawarkan pendidikan kepada kanak-kanak dalam bahasa Inggeris di pringkat rendah dan menengah. Sekolah-sekolah ini kebanyakannya adalah sekolah untuk kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak tersebut tidak bercampur dengan yang berlainan jantina. 

Aku tidak pernah lahir pada zaman pra atau pasca kemerdekaan, namun bapa aku mempunyai pengalaman kerana beliau lahir pada 1948. Di negeri Kedah iaitu negeri kami, bapa aku menceritakan bahawa kanak-kanak lelaki pada zaman beliau belajar di sekolah berbahasa pengantar Melayu sehingga ke satu tahap jika mereka cemerlang maka mereka akan masuk ke aliran Inggeris. Sebelum masuk ke aliran Inggeris penuh, mereka akan masuk ke Special Removed Class. Bapa aku sendiri dimasukkan ke Sekolah St. Michael di Alor Setar iaitu sekolah mubaligh yang diasaskan oleh mubaligh dari Paris, Perancis.

Pada hari ini, sekolah-sekolah mubaligh ini diserap masuk ke dalam sekolah kebangsaan berbahasa Melayu dalam pendidikan di Malaysia moden. Kanak-kanak tanpa mengira latarbelakang dan jantina diterima masuk. Kebanyakan sekolah-sekolah ini pun masih mengekalkan nama lama lagi atau mengekalkan nama seperti Catholic, Convent, Advent dan Methodist.

Menjelang tahun 1960an, kerajaan tidak lagi mengenakan yuran di sekolah rendah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana pembelajaran. Yuran di sekolah rendah berbahasa Melayu dihapuskan melalui Akta Pendidikan 1961 dan "dihapuskan dengan tindakan" menjelang tahun 1966. Sekolah mubaligh menawarkan kurikulum dengan wahana pembelajaran bahasa Inggeris terus mengenakan yuran mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Pada tahun 1980an, sekolah mubaligh menawarkan kurikulum di peringkat rendah dan menengah dengan wahana berbahasa Melayu jadi yuran tidak dikenakan lagi kepada para pelajar. Walau bagaimanapun, sumbangan dari alumni sekolah-sekolah ini dan dari keluarga mereka masih lagi diterima sehingga ke hari ini.

Sekitar tahun 1970an, kerajaan mula mengubah sekolah-sekolah jenis kebangsaan berbahasa Inggeris di peringkat rendah dan menengah kepada sekolah-sekolah berwahana bahasa Melayu. Hal ini turut melibatkan sekolah-sekolah mubaligh. Bahasa diubah secara perlahan-lahan bermula dari tahun satu di sekolah rendah, kemudia tahun kedua dan seterusnya. Perubahan ini sempurna pada penghujung tahun 1982. Pada saat itu, "pihak bertanggungjawab terhadap sekolah mubaligh menolak" permohonan kerajaan untuk "menyerahkan" sekolah-sekolah mereka termasuk tanah serta bangunan kepada kerajaan. Mereka enggan menerima tawaran bantuan kerajaan kerana kerajaan ingin mengubah sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah kebangsaan.

Hari ini, sekolah-sekolah dari pelbagai aliran dan mazhab Kristian itu masih lagi mengekalkan pemilikan atas "tanah dan bangunan sekolah" dan sekolah-sekolah itu beroperasi sebagai "sekolah kebangsaan penerima bantuan dan dana" sahaja. Sekolah-sekolah ini tidak menerima "bantuan penuh" kerajaan. Penutupan sekolah-sekolah mubaligh ini menyebabkan "tapak tanah" tersebut dipulangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada "pemiliknya" iaitu kumpulan-kumpulan agama atau pihak gereja.