Silibus Bahasa Inggeris dari Tahun 2000 sehingga Seterusnya

Oleh Ratnawati Mohd Asraf
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kertas ini membincangkan mengenai hasil dari kajian yang dilaksanakan untuk menilai sikap guru-guru bahasa Inggeris sekolah menengah yang mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negeri Selangor terhadap beberapa aspek dalam silibus bahasa Inggeris KBSM.

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang perkara yang disukai oleh guru-guru bahasa Inggeris dan yang tidak disukai oleh mereka dalam silibus bahasa Inggeris yang diperkenalkan. Selain itu, syor-syor terbaik akan dibuat untuk menambahbaik mutu program bahasa Inggeris yang ada.

Subjek-subjek untuk kajian ini dipilih secara rawak dari senarai-senarai lengkap dan terbaru dalam kalangan guru-guru bahasa Inggeris di negeri Selangor. Soalan yang diperkembang sendiri digunakan untuk menilai pandangan mereka terhadap aspek-aspek berbeza dalam silibus bahasa Inggeris KBSM. Daripada 600 soalan kajiselidik yang dihantar, sebanyak 435 telah dipulangkan. Namun, hanya 419 sahaja yang boleh digunakan untuk kajian ini. Ia mewakili kadar pulangan sebanyak 70 peratus.

Kertas kajian ini membincangkan pandangan guru-guru dan isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka. Ia turut membangkitkan beberapa soalan mengenai fokus utama bagi silibus pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia dan pandangan mengenai kepentingan bahasa Inggeris bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Implikasi kajian ini dibincangkan dan beberapa syor untuk pembuat dasar juga diberikan.
Sumber: MELTA (sini)