Abstrak - MELTA

Apabila satu silibus bahasa itu digunapakai untuk tujuan pelaksanaan, tanggapannya adalah bahawa ia akan mempengaruhi keadaan dalam kelas. Sama ada pengaruh ini berlaku, ia bergantung kepada sama ada kepercayaan seseorang guru itu terhadap subjek yang diajarkan itu sepadan dengan tanggapan yang berkaitan dengan silibus baru tersebut (Richardson, 1990; Hollingsworth, 1989). Cubaan pada pelaksanaan silibus ini mestilah mengambil kira kepercayaan guru-guru dan sikap mereka melibatkan aspek-aspek subjek yang akan diajarkan.

Sekiranya guru-guru memandang bahawa perkara yang dianggap sebagai pengajaran berkesan tersebut bertentangan dengan perkara yang terkandung dalam silibus itu, maka mereka tidak akan dapat melaksanakan inovasi yang diperkenalkan dengan teliti, penuh minat dan ketabahan (Clark & Peterson, 1986).

Kertas kajian ini membincangkan mengenai hasil-hasil kajian yang telah dijalankan. Pada asasnya, kajian ini dijalankan untuk menilai pandangan guru-guru Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ELS) di negeri Selangor terhadap Silibus Bahasa Inggeris Sekolah Menengah KBSM. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat aspek-aspek silibus bahasa Inggeris yang disukai oleh guru-guru bahasa Inggeris dan aspek-aspek yang tidak disukai oleh mereka. Selain itu, ia adalah untuk memberikan cadangan bagi memperbaiki program bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Malaysia.