Pendidikan Menengah Inggeris

Sekolah Inggeris tertua sekali di Malaya adalah Penang Free School yang diasaskan pada tahun 1816. Sekolah-sekolah Inggeris lain di Malaya adalah seperti berikut:
  • Malacca High School
  • St. Xavier's Institution
  • King Edward VII School, Taiping
  • Anglo-Chinese School, Klang
Banyak sekolah-sekolah Inggeris ini dianggap sebagai sekolah berprestij. Sejarawan British iaitu R.O. Winstedt berusaha untuk memajukan pendidikan orang Melayu dan menjadi pelopor kepada penubuhan Kolej Latihan Perguruan Sultan Idris yang bertujuan untuk melahirkan tenaga pengajar Melayu. Richards James Wilkinson membantu dalam penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1905 yang bertujuan untuk melatih elit-elit Melayu ketika itu.

Pada awalnya, kerajaan penjajah Inggeris tidak menyediakan pendidikan menengah berbahasa Melayu memaksa pelajar Melayu yang belajar di sekolah rendah Melayu menyesuaikan diri dengan pendidikan berbahasa Inggeris di sekolah menengah. Maka, ramailah pelajar Melayu yang gagal meneruskan pengajian tinggi diakibatkan oleh isu ini.
Walaupun timbul aduan berkenaan dasar kerajaan British itu, namun Pengarah Pendidikan British mengeluarkan kenyataan bahawa:
"It would be contrary to the considered policy of government to afford a community, the great majority of whose members find congenial livelihood and independence in agricultural pursuits, more extended facilities for the learning of English which would be likely to have effect of inducing them to abandon those pursuits".
Wakil-wakil orang Melayu dalam Federal Council dan juga Legislative Council of Singapore memberi maklum balas yang tegas mendakwa bahawa dasar British itu sebagai, "satu dasar yang melatih kanak-kanak lelaki Melayu supaya tidak mendapat pekerjaan" kerana dasar tersebut mengecualikan kanak-kanak Melayu daripada mempelajari bahasa yang menjadi prasyarat untuk pekerjaan di British Malaya ketika itu. Wakil tersebut menyatakan bahawa:
"In the fewest possible words, the Malay boy is told 'You have been trained to remain at the bottom, and there you must always remain!' Why, I ask, waste so much money to attain this end when without any vernacular school, and without any special effort, the Malay boy could himself accomplish this feat?'"
Bagi menyelesaikan isu ini, pihak British mengasaskan the Malay College, Kuala Kangsar. Walau bagaimanapun, ia hanya diasaskan sebagai pusat untuk melatih pejawat-pejawat awam rendah. Ia bukan bertujuan untuk membuka pintu perdagangan kepada orang Melayu atau menyediakan pelajar-pelajar Melayu ke arah pendidikan tinggi.