Bahasa Inggeris Moden


Bahasa Inggeris adalah bahasa jenis bahasa Germanic Barat. Pada awalnya, ia dituturkan di England pada awal zaman pertengahan. Kemudian, ia berkembang menjadi bahasa lingua franca di seluruh dunia. Bahasa ini dinamakan sempena nama Angles, iaitu puak bangsa Germanic purba yang berhijrah ke Great Britain. Mereka menamakan nama tanah yang diduduki oleh mereka itu sebagai England. Kedua-dua nama ini terbit dari Anglia, iaitu semenanjung yang terletak di Laut Baltic. Bahasa Inggeris sangat rapat perkaitannya dengan bahasa Frisia dan bahasa Saxon Tanah Datar. Dalam pada itu, kosa katanya sangat dipengaruhi oleh bahasa Germanic lain terutamanya bahasa Norse, iaitu bahasa Germanic Utara. Selain itu, ia amat terpengaruh dengan bahasa seperti bahasa Latin dan bahasa Perancis.
Rujukan
  • Happy Buffalo, Sistem Fonetik Bahasa Inggeris, 16 Disember 2016 (blogspot)
  • Happy Buffalo, Sumber Rujukan Bahasa Inggeris, 12 Julai 2014 (blogspot)