Hak Asasi Manusia di United Kingdom

Hak Asasi Manusia di United Kingdom seringkali menyentuh mengenai hak asasi setiap orang dalam undang-undang yang terdapat di United Kingdom. Hak Asasi Manusia yang menjadi bahagian yang integral dalam Perlembagaan United Kingdom itu terbit dari Common Law, dari statut seperti Magna Carta, the Bill of Rights 1689 dan Akta Hak Asasi Manusia 1998, dari keahlian dalam Council of Europe dan dari Undang-Undang Antarabangsa.

Pengekodan Hak Asasi Manusia di UK baru sahaja dibuat namun undang-undang di UK merupakan salah satu undang-undang tertua dunia yang mengamalkan tradisi Hak Asasi Manusia. Pada hari ini, sumber perundangan utama di UK adalah Akta Hak Asasi Manusia 1998 yang turut menggabungkan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia ke dalam perundangan dalam negara.
Rujukan Lanjut