Independent Office for Police Conduct


Independent Office for Police Conduct (IOPC) atau Pejabat Bebas bagi Tatatertib Polis sebelum ini adalah sebuah Suruhanjaya Aduan Bebas mengenai polis di England dan Wales yang dikenali sebagai Independent Police Complaints Commission (IPCC). Mereka memantau sistem aduan polis dan menyiasat insiden-insiden serius serta aduan yang melibatkan polis. 

Pejabat ini adalah badan awam yang tidak bersifat jabatan yang bermula pada 8 Januari 2018. Ia merupakan badan yang bertanggungjawab menguruskan aduan yang dibuat terhadap polis di England dan Wales.

Struktur

Fungsi-fungsi badan ini berterusan dari IPCC yang ditubuhkan pada 2004. Badan tersebut dibubarkan dan diganti dengan badan ini. IOPC ini berasal dari Policing and Crime Act 2017. Tidak seperti IPCC, badan ini tidak mempunyai struktur seperti sebuah Suruhanjaya. Ia diketuai oleh seorang Director General yang disokong oleh timbalan-timbalan, pengarah-pengarah rantau dan seorang Pengarah di Wales. Director General yang pertama adalah Tuan Michael Lockwood. Beliau adalah Ketua Eksekutif Majlis Harrow London Borough.

Kuasa-Kuasa Baru

The Policing and Crime Act 2017 melengkapkan lagi IOPC dengan kuasa-kuasa baru yang tidak dimiliki oleh IPCC. Kuasa-kuasa tersebut adalah:
  • Kuasa untuk memulakan siasatannya sendiri tanpa bergantung kepada kuasa rekod dan tanpa rujukan;
  • Kuasa untuk menentukan permohonan-permohonan dan memberi syor untuk remedi perundangan; dan 
  • Proses yang pendek untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu patut pergi kepada pendengaran disiplin polis.
Pada April 2017, IPCC mengambil alih tanggungjawab memantau aduan berhubung dengan Gangmasters and Labour Abuse Authority. Pada tahun 2018, IOPC mengambil tanggungjawab memantau aduan-aduan berhubung dengan kakitangan perkhidmatan bomba dan penyelamat dalam keadaan-keadaan tertentu.

Kaitan dengan Malaysia

Malaysia pun sedang menganalisis mengenai keperluan untuk mewujudkan badan sebegini. NGO di Malaysia mencadangkan supaya diwujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan. Badan-badan berkanun di peringkat Persekutuan seperti Majlis Peguam Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia turut menyokong penubuhan Suruhanjaya ini. Walau bagaimanapun, hal ini mendapat tentangan dari Polis Diraja Malaysia.      

Rujukan:
  • Independent Office for Police Conduct, United Kingdom (online)
  • Syed Jaymall Zahiid, 'The IPCMC: What You Need to Know and Why It Matters Now More than Ever', Malaysia: Malay Mail, 5 April 2019 (online)
  • Austin Camoens, 'Police Force United Against IPCMC', Nation: the Star, 3 May 2019 (online