Sejarah Hak Asasi Manusia di UK

Kodifikasi hak asasi manusia di UK baru sahaja dilaksanakan. Namun, sebelum kewujudan Akta Hak Asasi Manusia 1998 dan the European Convention on Human Rights, undang-undang UK sebenarnya mempunyai tradisi hak asasi manusia yang terpanjang di dunia.

The Magna Carta 1215 menggariskan bahawa Raja memerlukan persetujuan Parlimen sebelum mengenakan sebarang cukai, menghormati perbicaraan "by lawful judgement of his Peers, or by the Law of the Land", yang menyatakan bahawa "We will sell to no man, we will not deny or defer to any man either Justice or Right", jaminan pergerakan bebas setiap orang dan memelihara tanah umum atau common land untuk semua orang. The Magna Carta 1215 secara tersirat menyokong perkara yang menjadi dokumen rasmi habeas corpus yang melindungi kebebasan individu dari dipenjarakan secara salah dan hak untuk membuat permohonan kebebasan diri di Mahkamah.

Selepas perwakilan pertama parlimen Inggeris pada 1265, muncul pula sistem petitioning atau petisyen pada abad ke-13 M. Hal ini menjadi bukti bahawa parlimen digunakan sebagai pentas untuk membincangkan mengenai rungutan orang awam.

Semasa awal abad ke-17, the Petition of Rights 1628 mengukuhkan lagi nilai-nilai dari Magna Carta dan digunakan untuk menentang King Charles I. Buah fikiran mengenai menghujahkan hak-hak untuk perwakilan politik mula bercambah dalam the Putney Debates pada tahun 1647. Selepas Perang Saudara Inggeris, the Bill of Rights 1689 di England dan Wales serta the Claim of Rights Act 1689 di Scotland menyemadikan prinsip demokrasi berperwakilan, tiada cukai tanpa Parlimen, kebebasan bersuara di Parlimen dan "tiada hukuman kejam serta luar dari kebiasaan".

Ahli falsafah mula memikirkan bahawa hak-hak itu bukan sebagai keistimewaan yang dikurniakan oleh kerajaan atau undang-undang. Sebaliknya, hak-hak tersebut adalah bahagian asas yang mendefinisikan seseorang itu sebagai manusia. John Locke (1632-1704), salah seorang pemikir berpengaruh dalam era Enlightenment membahaskan bahawa perlindungan "harta" itu bagi beliau bermaksud "hidup, kebebasan dan harta benda". Ketiga-tiga hal ini menjadi sebab kepada kewujudan masyarakat. Beliau menghujahkan bahawa setiap orang diciptakan sama dan bebas namun sebagai pulangannya untuk faedah masyarakat yang tersusun serta hidup, seseorang itu haruslah mengorbankan sedikit daripada kebebasan tersebut.

Pada abad ke-18 masihi, kes mercu tanda Entick v Carrington, menjelaskan lagi kenyataan yang diberikan oleh Locke. Kes ini merumuskan bahawa negara dan kerajaan tidak boleh berbuat sesuatu pun sekiranya hal tersebut tidak diungkapkan dalam undang-undang dan orang ramai hanya boleh berbuat sesuatu sekiranya perbuatannya itu tidak bertentangan dengan undang-undang. Dalam kes Somerset v Stewart, Lord Mansfield bertegas bahawa perhambaan adalah melanggar Common Law dan sekiranya seseorang itu diperhambakan di Boston, Massachusetts maka dia harus dibebaskan di England. Hal ini adalah salah satu rungutan serius yang berbangkit di jajahan selatan berkaitan dengan the US Declaration of Independence. Menjelang tahun 1789, buah fikiran yang wujud itu berevolusi dan menjadi inspirasi bagi kemunculan the US Bill of Rights dan the Declaration of the Rights of Man and of the Citizen selepas Revolusi Amerika serta Revolusi Perancis. Walaupun sesetengah orang melabelkan hak semulajadi itu sebagai sesuatu yang mengarut namun banyak hak-hak ini diperkembang di Parlimen dan mahkamah secara perlahan-lahan. Pada tahun 1792, Mary Wollstonecraft memulakan gerakan untuk hak wanita dan kesaksamaan di Britain. Selain itu, wujud juga pergerakan lain selepas peristiwa Tolpuddle Martyrs dan the Chartists yang memacu kepada perubahan dalam kebebasan buruh serta demokrasi.

Berikutan Perang Dunia II dan peristiwa Holocaust, undang-undang antarabangsa baru menjadikan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 sebagai rujukan utamanya. Undang-undang antarabangsa mengabadikan hak-hak sivil, politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Walaupun ia hanya satu perisytiharan Perhimpunan Agung UN dan bukan perjanjian namun hak-hak tersebut berlaku secara jus cogens yang menjadi norma dalam undang-undang antarabangsa. UK meratifikasikan dua perjanjian antarabangsa yang menyusun semula Perisytiharan Sejagat pada tahun 1966 iaitu:
  • the International Covenant on Civil and Political Rights; dan
  • the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights
Pada tahun 1950, UK menyusun bersama the European Convention on Human Rights yang membolehkan orang ramai membuat rayuan di Mahkamah Hak Asasi Eropah di Strasbourg. Rayuan juga boleh dibuat menentang akta-akta yang diluluskan oleh Parlimen kerana Parlimen dianggap sebagai tertakluk kepada prinsip-prinsip asas dalam undang-undang antarabangsa. Oleh kerana proses rayuan mengambil jangka masa yang panjang, maka Parlimen mengeluarkan perundangan "bring rights home" dengan meluluskan Akta Hak Asasi Manusia 1998. Dengan cara ini, orang ramai boleh membangkitkan dakwaan-dakwaan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia di mahkamah dalam UK dengan berdasarkan kepada Convention yang telah disusun itu.
 
Convention tersebut mengandungi hak-hak kepada:
  • kehidupan
  • bebas dari seksaan
  • perhambaan paksa
  • perkahwinan
  • remedi efektif dalam isu perundangan
  • bebas dari diskriminasi
Kebanyakan kes dalam perundangan menyentuh mengenai hak kepada kebebasan diri, kebebasan dari gangguan, kebebasan berhati nurani dan bersuara serta kebebasan berpersatuan dan berperhimpunan. UK turut mengabadikan hak-hak kepada standard buruh yang saksama, keselamatan sosial, sosial dan ekonomi melalui jalan perundangan.
 
Pada tahun 2019, kerajaan Britain mengumukan perlantikan duta hak asasinya yang pertama. Jeremy Hunt, Setiausaha Hubungan Luar Britain melantik Rita French yang merupakan bekas ketua setiausaha peribadinya ke Majlis Hak Asasi Manusia UN untuk mempromosikan kerja-kerja hak asasi manusia UK di peringkat antarabangsa.