Khamis, 29 Disember 2016

Cara Memperbaiki Kemahiran Berbahasa Inggeris


Cara untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris adalah dengan mengamalkannya. Caranya adalah dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Mempelajari tatabahasa Inggeris atau mendengar sahaja orang bercakap bahasa Inggeris tidak akan membantu peningkatan kemahiran berbahasa Inggeris. 

Bagaimana pula sekiranya kita tidak mempunyai teman untuk berbual dalam bahasa Inggeris? Bagaimanakah kita dapat melatih diri berbahasa Inggeris? Video ini memberikan sedikit maklumat tentang teknik untuk melatih diri sendiri berbahasa Inggeris. Teman untuk berbual tidak diperlukan. Teknik ini dapat membantu kita dalam banyak aspek lisan bahasa Inggeris kita iaitu:
  • struktur ayat
  • tatabahasa
  • kosa kata
  • kebolehan untuk mengungkapkan pemikiran dengan lebih berkesan
Teknik tersebut adalah dengan melalui imitation atau meniru. Ia tidak bermaksud yang kita menggunakan perkataan yang sama dengan native speakers untuk memperbaiki sebutan bahasa Inggeris kita. Teknik ini lebih maju daripada itu. Kita perlu mendengar perbualan, cerita atau sebarang ucapan dan kemudian cuba olah kembali perbualan, cerita atau ucapan itu menggunakan ayat bahasa Inggeris kita sendiri. 

Easy-to-hard imitation
  • start by imitating a small portion of speech like phrases and short sentences;
  • imitate larger portions of speech like long sentences;
  • try to deliver the entire speech on your own;
Faedah dari teknik ini adalah:
  • kita dapat mendengar dan seterusnya meniru sebutan bahasa Inggeris yang betul;
  • ia membantu kita mempelajari bentuk ayat dalam bahasa Inggeris dengan betul;
  • kita dapat mempelajari idioms, ungkapan dan corak ucapan yang digunakan dalam perbualan harian;
  • kita dapat mempelajari tatabahasa secara tidak langsung.
Apabila kita melakukan imitation terhadap gaya bahasa orang lain, kita juga mempelajari tatabahasa melalui proses yang dikenali sebagai implicit learning. Proses ini terjadi tanpa kita sedari. Beginilah cara kanak-kanak dan bayi mempelajari bahasa ibunda mereka. Apabila kita meniru, kita tidak akan berfikir mengenai tatabahasa. Kita tidak akan cuba untuk memahami kenapa present perfect tense digunakan dalam situasi ini atau situasi itu. Kita cuma akan memberi tumpuan kepada komunikasi, memahami buah fikiran dan mengungkapkan buah fikiran saja. Kita masih lagi mempelajari tatabahasa cuma kita tidak menyedarinya sahaja. (tutorial teknik imitation, click here)
 
Sumber video: saluran EngFluent sila klik di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan