Ahad, 14 Jun 2015

Frasa Menjawab Telefon

Semasa di pejabat, kita sebenarnya akan turut terlibat dalam menjawab telefon apabila rakan sekerja atau senior tak ada di tempat dia. Siapa yang pangkat atas sedikit, maka yang berpangkat rendah mestilah menjadi barua kepada pangkat atasnya.

Oleh itu, belajarlah cara untuk menjawab telefon sebelum hangpa dianggap sebagai tak reti bercakap bahasa Inggeris atau tak reti berkomunikasi oleh haram jadah yang poyo hanya sebab hang terasa rimas untuk bercakap melalui telefon. Kalau depa pun suka buat kerja angkat telefon awat depa tak kerja jadi operator tapi nak jadi eksekutif besar kan? Sembang lebih.

Contohnya jika ada orang menelefon dan anda terpaksa jawab bagi pihak orang yang tiada di tempatnya boleh gunakan frasa berikut:

Mula-mula hangpa tegurlah seraya berkata, hello dengan intonasi menaik sebab hangpa menjemput orang yang menelefon itu supaya terus bercakap.

Hello, this is Patrick. How can I help you?

Kalau orang itu mencari hang, maka:

Hello, this is he/she atau
Speaking. 

Kalau orang yang menelefon di tempat hang itu ingin bercakap dengan orang lain, dan anda ingin sambungkan ke meja orang itu maka hang kata:

Hold on, please.

Apabila orang yang ingin dihubungkan oleh hang itu tiada, bolehlah kata kepada pemanggil tersebut:

I'm sorry, he's/she's not here. Can I take a message. 

Jika dia tersalah membuat panggilan, jawablah:

I'm sorry, you have the wrong number. 

Apabila kurang jelas dengan ayat seseorang dalam telefon, bolehlah sebut:

Excuse me, could you repeat that, please?

Untuk maklumat lanjut bolehlah merujuk kepada rancangan bahasa Inggeris Puan Rachel dari Amerika Syarikat. Aku malas untuk ke kelas kerana aku letih tak ada masa! Jadi aku cuma menggunakan benda yang dah ada. Setiap bulan pun aku bayar dekat RM300.00 juga untuk talian internet rumah. Baik gunakannya dengan sebaik mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan