Jumaat, 8 Ogos 2014

Kemahiran Bahasa Inggeris Akademik


Sudah menjadi kebiasaan apabila mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar bahasa Inggeris, buku teks atau perancangan unit akan menyediakan senarai perbendaharaan kata yang banyak sekali. Persoalannya di sini, perlukah pelajar diajar sedalam itu? Risiko dalam menyumbat semua perkataan tersebut kepada pelajar bahasa Inggeris boleh jadi menghasilkan keputusan yang menyedihkan. Pelajar boleh jadi akan menghafal definisi berbanding dengan mampu sebenar-benarnya untuk menggunakan perbendaharaan kata baru yang diterima mereka itu ke dalam perbincangan dan penulisan akademik mereka. Selain itu, memberikan penumpuan hanya kepada perbendaharaan pra-pemilihan sahaja tidak akan melengkapkan pelajar bahasa Inggeris dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan mereka untuk menjadi pelajar yang lebih berdaya kendiri.

Sebagai pengenalan kepada masukan ini, apakah yang dimaksudkan dengan bahasa Inggeris akademik? Anda mungkin berasa selesa menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian, namun jenis bahasa Inggeris yang perlukan untuk pengajian anda mungkin berbeza sedikit daripada yang anda gunakan sehari-hari. Jadi, bahasa Inggeris ini digelar sebagai bahasa Inggeris akademik kerana ia memang digunakan untuk tujuan akademik sebagai contoh apabila anda ingin membaca atau memahami bahan berkaitan dengan pengajian anda. Di samping itu, anda memerlukan bahasa Inggeris jenis ini untuk menulis berkenaan dengan subjek pengajian anda. Bahasa Inggeris akademik ini berbeza dengan bahasa Inggeris perbualan harian kerana ia digunakan untuk menjelaskan secara mendalam subjek-subjek pengajian anda. Ia boleh digunakan untuk menjelaskan mengenai sesuatu objek, situasi, proses atau bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi serta berlaku.  

Rujukan
  • Dr. Sydney Snyder, Teaching Academic Vocabulary to English Learners: Questions & Answers, Education Dot Com, 12 September 2018 (online)
  • Miranda Legg et. al., Academic English, Hong Kong University Press (online