Soalan-Soalan Lazim

Tiada dua resume yang serupa. Hakikat ini bermaksud bahawa setiap orang itu mestilah mempunyai sesuatu yang berbeza untuk dibentangkan kepada majikan. Jika anda masih bingung mengenai cara untuk membentangkan pengalaman unik anda, janganlah anda panik. Teliti semula jawapan dari penasihat kerjaya anda seperti berikut.

A. Kepanjangan Resume

Kepanjangan resume anda bergantung kepada berapa banyak pengalaman kerja anda yang relevan dengan pekerjaan yang dipohon itu. Umumnya, seorang pelajar ijazah sarjana muda dan pelajar sarjana mungkin hanya mempunyai maklumat yang cukup mengisi satu muka surat sahaja. Jika anda mempunyai pengalaman yang banyak dan mungkin menarik perhatian majikan baru maka dua muka surat pun sesuai juga. Harus diingat bahawa majikan hanya akan membaca muka surat kedua resume anda sekiranya muka surat pertama menarik perhatian mereka.

B. Maklumat Sekolah Tinggi

Bergantung kepada tahun anda di kolej dan jumlah pengalaman yang anda kumpulkan. Jika anda adalah seorang pelajar tahun pertama, mungkin anda boleh memasukkan maklumat sekolah tinggi namun apabila anda belajar di kolej dan mengumpulkan sedikit pengalaman atau kemahiran tambahan maka pencapaian sekolah tinggi anda akan menjadi kurang relevan lagi kepada majikan.

C. CGPA

Kepentingan CGPA ini berbeza-beza mengikut industri dan pekerjaan. Jika CGPA anda adalah 3.5 atau ke atas maka anda boleh masukkannya dalam resume. Jika CGPA dalam pengajian major anda tinggi daripada keseluruhan CGPA maka anda boleh menyebut kedua-duanya dengan menyenaraikan CGPA pengajian major anda dahulu. Jika anda memilih untuk memasukkan CGPA anda maka pastikan ia adalah tepat kerana anda mungkin akan diminta untuk mengesahkannya sekali lagi ketika proses pengambilan pekerja berlangsung. 

Rujukan

  • Resume and Curriculum Vitae, American University, Washington DC (online)