Makan Malam Krismas

Sejak kemunculannya di meja-meja makan malam Krismas di England pada lewat abad ke-16 M, ayam turki menjadi hidangan popular bersama dengan puding Krismas yang dihidangkan bersama dengan manisan.

Pelayar Inggeris iaitu William Strickland berjasa kerana memperkenalkan ayam turki di England. Thomas Tusser, seorang peladang abad ke-16 juga turut mencatitkan bahawa ayam turki dimakan sebagai hidangan makan malam Krismas pada 1573.

Ayam turki bakar selalunya dihidangkan bersama dengan daging lembu bakar atau daging babi bakar. Di samping itu terdapat juga bahan-bahan seperti sumbatan dalam ayam turki, kuah ayam turki, kentang bakar, kentang lenyek dan sayur-sayuran dihidangkan pada makan malam Krismas di England.

Sebagai tambahan kepada puding Krismas, terdapat juga trifle, mince pies, Christmas cake atau yule log sebagai manisan pencuci mulut selepas makan.