Perdana Menteri Malaysia minta Singapura hantar Guru Bahasa Inggeris

Berdasarkan kepada laporan oleh L. Loheswar dalam akhbar Malay Mail pada 12 Jun 2024, Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dikatakan telah berbincang dengan Lawrence Wong, Perdana Menteri Singapura mengenai kemungkinan untuk menghantar guru untuk mengajar Bahasa Inggeris ke Malaysia atau tertakluk kepada mana-mana rantau di Malaysia.

Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz

Menurut beliau dalam ulasannya mengenai pertemuan PM Malaysia dan PM Singapura pada 12 Jun 2024 tempoh hari, pihak Kerajaan seharusnya mempertimbangkan dahulu mengenai mendapatkan guru dari Malaysia yang sudah berpencen dahulu sebelum membayar gaji yang tinggi mengikut piawaian Singapura kepada guru dari negara tersebut. Beliau membangkitkan mengenai isu ini seperti berikut:

  • Kerajaan harus meneliti semula latihan dan silibus sekolah dengan merangkumkan kemampuan bertutur dalam Bahasa Inggeris ke dalamnya;
  • Kerajaan patut menjadikan bahasa Inggeris hanya sebagai satu mata pelajaran bahasa yang tersendiri berbanding dengan memasukkannya sebagai sebahagian daripada peperiksaan yang menyeluruh; dan
  • Kerajaan perlu merangka program jangka panjang bagi mengangkat piawaian kemampuan berbahasa dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak dan golongan belia.
Walaupun tidak salah untuk bekerjasama dengan negara lain seperti Singapura, namun guru yang diimport dari negara tersebut harus dibayar dalam matawang Dollar Singapura (SGD) yang pastinya akan memberikan kesan kewangan kepada Malaysia. 

Rujukan: