Pengenalan the British Commonwealth of Nations

Pertubuhan Komanwel dikesan kewujudannya pada separuh awal abad ke-20 semasa berlakunya proses nyah penjajahan dari empayar British melalui percambahan kerajaan yang mentadbir sendiri dalam rantau empayar British.

Pada asalnya pertubuhan ini dikenali sebagai the British Commonwealth of Nations melalui Perisytiharan Balfour di Persidangan Imperial tahun 1926. Kemudian, ia dirasmikan oleh United Kingdom melalui the Statute of Westminster pada tahun 1931. Commonwealth of Nations yang kini dilembagakan secara rasmi oleh Persiytiharan London pada 1949 dengan komuniti yang dipermodenkan dan negara-negara anggota yang diisytiharkan sebagai "bebas dan setara".

Jawatan ketua kepada pertubuhan bebas ini adalah the Head of Commonwealth yang kini dipegang oleh Queen Elizebeth II. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel 2018 juga melantik Putera Charles, the Prince of Wales sebagai pengganti kepada the Head of Commonwealth kini walaupun jawatan ini tidak semestinya diwarisi. Queen menjadi ketua kepada 16 negara anggota yang dikenali sebagai the Commonwealth realms, sementara sebanyak 32 lagi negara anggota adalah republik. Baki lima lagi negara anggota mempunyai kerabat diraja mereka sendiri.

Negara-negara anggota tidak mempunyai kewajipan ke atas sesama sendiri. Mereka hanya bersatu dari segi penggunaan bahasa Inggeris,. sejarah dan nilai-nilai demokrasi yang dikongsi bersama, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang. Nilai-nilai ini diagungkan dalam Piagam Komanwel dan dipromosikan dalam Sukan Komanwel yang diadakan setiap empat tahun sekali.

Negara-negara dalam Commonwealth realms ini meliputi keluasan 29,958,050 km persegi (11,566,870 batu persegi) iaitu bersamaan dengan 20 peratus daripada benua di muka bumi mengunjur di enam benua yang dihuni oleh manusia.