Format-Format Resume

1. Format Kronologi

Format yang paling biasa kita temui adalah format resume berdasarkan kepada kronologi. Senaraikan pendidikan anda dan pengalaman dalam susunan tarikh yang mengundur dengan maklumat yang terbaru diletakkan dahulu. Format sebegini paling baik sekali digunakan sekiranya sejarah pekerjaan kita menunjukkan perkembangan dan pencapaian atau jika ingin memohon pekerjaan dalam bidang yang sama. Format begini juga digunakan jika nama majikan terbaru kita itu adalah satu aset atau jawatan-jawatan yang kita sandang itu adalah impresif.

2. Format Fungsian

Resume format fungsian atau kemahiran-kemahiran yang boleh dipindah gunakan ini membolehkan calon-calon yang memohon itu menggariskan mengenai kemahiran-kemahiran dan pengalaman yang relevan kepada majikan berbanding dengan resume berformat kronologi. Format begini digunakan oleh mereka yang ingin bertukar kerjaya atau mereka yang mempunyai sela masa kosong dalam sejarah pekerjaan mereka.  

3. Curriculum Vitae

Curriculum Vitae atau CV ini adalah bentuk resume yang panjang lebar berbanding dengan resume yang asasnya digunakan apabila kita membuat permohonan untuk jawatan pengajar atau peluang menjalankan kajian. Untuk membezakan antara kedua-duanya, maka kita boleh mempertimbangkan matlamat kerjaya kita.

Dalam dunia akademia dan kajian saintifik, sesuatu CV itu adalah merupakan satu dokumen pencarian pekerjaan yang standard. CV ini berbeza dengan resume tradisional. Ia mengandungi penerbitan-penerbitan, pembentangan profesional, kelas-kelas yang telah kita ajar dan lain-lain maklumat akademik yang relevan. Resume selalunya dihadkan antara satu ke dua muka surat sahaja. Sedangkan CV boleh berkembang selari dengan kerjaya kita.

Pelajar-pelajar ijazah sarjana yang baru memulakan kerjaya akademik atau kajian mereka boleh memilih untuk membangunkan resume tradisional mereka dengan menabmbahkan kajian ijazah sarjana mereka, kertas-kertas akademik yang signifikan, penerbitan-penerbitan atau pembentangan. Cuba gunakan pembangun CV atas talian percuma (klik sini) untuk bermula.

CV boleh juga digunakan apabila memohon jawatan di luar negara. Buat kajian mengenai negara matlamat kita dan istilah-istilah pekerjaan bagi mendapatkan gambaran mengenai keperluan CV kita. Jika perlu, bercakap dengan seorang perekrut bagi memahami budaya negara matlamat serta keperluan-keperluan pekerjaan di sana. Kecuali jika majikan khususnya meminta sejarah penerbitan atau pembentangan kita, maka majikan itu sebenarnya mungkin ingin melihat resume tradisional.

4. Format Persekutuan

Format Persekutuan atau Federal ini turut memuatkan isi kandungan yang serupa dengan resume. Selain itu, ia juga memuatkan maklumat yang diperlukan dalam permohonan Persekutuan seperti nombor keselamatn sosial, kerakyatan, butiran jawatan, pensijilan sekolah tinggi, sejarah gaji dan rujukan-rujukan penting. Sejarah pekerjaan, latihan berkaitan dan kemahiran haruslah disenaraikan dalam susunan yang terbaru dahulu dan isi kandungannya haruslah menitikberatkan keputusan yang khusus. Bagi rakyat Amerika Syarikat yang ingin menghasilkan satu resume seragam yang mengandungi maklumat-maklumat yang diperlukan oleh agensi kerajaan, gunalah USAJOBS Resume Builder. Ambil maklum juga bahawa anda perlu daftar masuk atau membuat akaun dahulu sebelum menggunakan USAJOBS untuk menggunakan resume builder.

5. Format Infografik

Resume beberformat infografik adalah sejenis garis masa visual yang memaparkan butiran sejarah pekerjaan anda dan kemahiran profesional anda. Ia memberikan gambaran mengenai siapakah anda apabila anda menjadi calon dalam temuduga. Resume infografik selalunya mengandungi imej, data atay carta, teks dan warna yang menjelaskan pengalaman dan kepakaran anda dalam bentuk visual.

Resume berformat infografik menarik perhatian majikan dalam industri tertentu dan kebanyakan mereka berminat kerana ia menunjukkan kemahiran kreatif anda. Sesetengah industri ini termasuklah perhubungan awam, pemasaran dan rekabentuk grafik. Penting juga untuk diambil maklum bahawa agensi-agensi yang tidak berasaskan keuntungan seperti jabatan-jabatan kerajaan dan jawatan di Capitol Hill tidak menerima resume berformat infografik ini.

Anda boleh menghasilkan resume berformat infografik secara sempurna menggunakan kreativiti anda sendiri atau menggunakan alat bantu yang khusus menghasilkan resume sebegini. Beberapa aplikasi seperti berikut turut menawarkan bantuan untuk membolehkan anda menghasilkan resume infografik yang dinamik:
  • Visualize.me
  • Canva
  • Kinzaa
Walaupun kebanyakan majikan mendapati bahawa resume beformat infografik ini menarik perhatian, namun anda dinasihatkan untuk menghasilkan resume tradisional dan memberikannya kepada majikan anda bersama resume berformat infografik.