Cara Menjawab Telefon dalam Bahasa Inggeris

Semasa di pejabat, kita sebenarnya akan turut terlibat dalam menjawab telefon apabila rakan sekerja atau senior tak ada di tempat. Barangsiapa yang pangkatnya tinggi sedikit, maka yang berpangkat rendah mestilah membantu pekerja yang lebih tinggi pangkatnya.

Oleh itu, kita yang berpangkat rendah hendaklah belajar cara-cara untuk menjawab telefon sebelum kita dianggap sebagai tak reti bercakap bahasa Inggeris atau tak reti berkomunikasi. Contohnya jika ada orang menelefon dan kita terpaksa jawab bagi pihak orang yang tiada di tempatnya, maka kita boleh menggunakan frasa berikut:

Mula-mula sekali tegurlah pemanggil seraya berkata, hello dengan intonasi menaik sebab kita sedang menjemput orang yang menelefon itu supaya terus bercakap.

Hello, this is Patrick. How can I help you?

Kalau orang itu mencari kita, maka katalah seperti berikut:

Hello, this is he/she atau
Speaking. 

Kalau orang yang menelefon di tempat kita itu ingin bercakap dengan orang lain, dan kita ingin sambungkan ke meja orang yang ingin dipanggil oleh pemanggil maka kita akan berkata:

Hold on, please.

Apabila orang yang ingin dihubungkan oleh kita itu tiada, maka bolehlah kata kepada pemanggil tersebut:

I'm sorry, he's/she's not here. Can I take a message. 

Jika dia tersalah membuat panggilan, lalu jawablah:

I'm sorry, you have the wrong number. 

Apabila kurang jelas dengan ayat seseorang dalam telefon, bolehlah gunakan frasa yang berikut:

Excuse me, could you repeat that, please?

Untuk maklumat lanjut bolehlah merujuk kepada Rancangan Bahasa Inggeris Rachel dari Amerika Syarikat. Aku malas untuk ke kelas kerana aku letih tak ada masa! Jadi aku cuma menggunakan bahan yang telah sedia ada. Setiap bulan pun aku membayar hampir RM300.00 juga untuk talian internet di rumah. Jadi, ada baiknya aku gunakan talian internet dengan sebaik mungkin. Halaman ini dibuka pada 14 Jun 2015. Sekian, terima kasih.