Bagaimana untuk Berkeyakinan

Pernah tidak anda terfikir bahawa salah satu sebab anda tidak suka bercakap bahasa Inggeris adalah disebabkan oleh lack of confidence atau kekurangan keyakinan diri. Mungkin anda tidak yakin dalam speaking, writing atau hubungan seharian anda? Jika begitu, keyakinan adalah masalah nombor satu yang anda hadapi dalam pembelajaran bahasa Inggeris.

Banyak orang mengatakan bahawa, "I can't speak English. I'm terrible!" Tetapi yang sebenarnya, sesiapa pun boleh berbahasa Inggeris dan mereka tidak teruk pun. Jadi, kita perlulah berkeyakinan dalam melakukan segala perkara di dalam dunia ini. Mungkin jika anda tidak yakin pun, cubalah pura-pura yakin kerana semua orang pun berpura-pura.

Punca Kurang Keyakinan Diri
  • Fear of unknown. Kita mempunyai ketakutan yang tidak kita ketahui. Kita takut kerana kita tak tahu apakah yang akan terjadi nanti. Mungkin kita akan pergi temuduga kerja, bertemu janji dengan kawan baru, parti baru dan sebagainya. Kita tidak dapat menjangkakan apakah yang akan berlaku. Yang sebenarnya, kita patut biar sahaja kerana kita tidak tahu masa depan dan kita tidak dapat mengubah pun apa yang telah berlaku. Jadi, yang boleh kita lakukan hanyalah bersedia. Jadi, jika kita berfikir untuk membuat pembentangan dan sebagainya maka kita boleh berlatih dulu bercakap di rumah. Ambil telefon dan dengar rakaman suara anda. Jika anda rasa latihan anda itu teruk maka anda boleh ulanginya semula. Terdapat satu ungkapan yang berbunyi, "practice makes perfect". Jika kita tidak dapat sesempurna yang diinginkan pun, pastinya kita akan mendapat hasil yang terbaik dari latihan yang kita telah jalani. Lebih banyak latihan yang kita jalani, maka semakin baik hasil yang kita dapat. Semakin yakin kita dengan diri kita.
  • Criticism. Criticism ini bermaksud orang memberitahu kita apa yang kita buat itu salah. Orang bercakap mengenai perkara yang buruk tentang anda contohnya, sebutan kita teruk atau kerja kita tidak bagus. Apakah perasaan kita selepas itu? Sudah tentu kira berasa teruk. Criticism ini bergantung juga kepada bagaimana ia dibuat. Contohnya, jika bos kita hanya bercakap mengenai benda yang teruk sahaja mengenai kita, maka dia bukanlah seorang bos yang baik. Namun, jika bos anda criticize anda dan memberitahu penyelesaian terbaik untuk perkara yang teruk mengenai kita itu maka hal ini akan menjadi lebih baik. Apakah yang perlu kita buat dengan criticism ini? Kita perlu belajar darinya. Ungkapan yang sesuai untuk menangani criticism ini adalah, "don't take it personally". Contoh, jika bos beritahu bahawa pembentangan kita itu tidak bagus. Berbanding dengan kita duduk sahaja berfikir negatif berkenaan isu itu, cuba tanya kepada bos bagaimanakah cara untuk saya memperbaiki mutu pembentangan saya? Mungkin, bos anda boleh membantu anda kecualilah kalau bos anda itu pun sebenarnya seorang yang teruk. Criticism boleh menjadi kawan baik anda, kerana ia memberitahu anda sesuatu itu tidak betul dan anda boleh memperbaikinya di masa hadapan.
  • Personal appearance. Kita harus ingat bahawa kita bukannya 'airbrushed models'. Jika kita berasa tidak yakin dengan diri kita, cuba ingat bahawa kita bukan model dalam poster atau dalam majalah. Selain itu, mereka yang ada dalam majalah itu bukannya realiti pun. Imej mereka telah di-photoshop dan di-touched up. Fikir mengenai perkara yang anda suka mengenai diri anda cuba senaraikan jika tidak yakin.
  • Lack of knowledge. Satu perkara yang penting dalam temuduga kerja atau dalam pekerjaan anda di pejabat adalah pengetahuan. Jika anda pergi ke temuduga kerja dan anda tidak tahu apa pun mengenai pekerjaan yang anda mohon itu, maka anda tidak akan mendapat pekerjaan itu. Jadi, apakah yang anda perlu lakukan? Anda perlu buat research atau kajian. Buat kajian mengenai syarikat itu atau cari sesuatu mengenai syarikat itu yang boleh anda gunakan untuk bercakap dalam temuduga kerja. Jika anda ada masalah bahasa Inggeris, cubalah belajar bahasa Inggeris dari pelbagai sumber yang banyak di merata-rata tempat. Dapatkan maklumat supaya anda dapat bercakap mengenai pelbagai perkara di tempat kerja anda. Banyak maklumat terkait yang ada dalam otak anda, maka anda akan lebih yakin kerana anda akan mengetahui apa yang anda akan katakan ketika membuat pembentangan dan sebagainya.
  • Unprepared. Kita perlu bersedia untuk membuat pembentangan dan sebagainya. Sediakan nota sebelum kita buat sesuatu dan baca sesuatu.
  • Negative thinking and people. Kadang-kadang otak kita akan menjadi musuh kita sendiri. Mungkin sebutan kita tidak begitu bagus, namun kita boleh berlatih. Kadang-kadang ada orang yang negatif yang mempunyai niat tidak baik. Jika mereka mengata kita, kita hanya perlu abaikan mereka. Mereka tidak sempurna, kita pun tidak sempurna tapi sekurang-kurangnya kita berbuat sesuatu untuk kebaikan diri kita.
Cara Berkeyakinan
  • Reward yourself. Apabila kita berjaya menangani krisis keyakinan diri kita dan berbuat sesuatu perkara dengan baik, maka reward ourselves atau beri penghargaan kepada diri kita sendiri.
  • Don't compare yourself. Be unique. Tak perlu kita bandingkan diri kita dengan orang lain. Jadi selesa sahaja dengan diri kita. Jika orang kata kita ini pelik, biarkan sahaja tak perlu layan mereka. Biar diri kita unik.
  • Body language. Stand tall dan bukan meleweh sahaja. Jika kita nampak leweh dan lokoih sahaja, orang tak akan ambil serius dengan kita. Senyum sebab kita buat orang lain suka dan berasa relaks apabila kita berada bersama kita. Selain itu, hubungan mata amat perlu apabila kita bercakap dengan seseorang. Pandangan mata menunjukkan bahawa kita adalah seorang yang kuat dan berani.
  • Speak slowly. Bercakap dengan perlahan-lahan. Mungkin kita berasa gelisah, namun kita perlu bercakap perlahan-lahan supaya komunikasi kita lancar. Di sini, cuba amalkan merekod percakapan kita dengan menggunakan telefon.
  • Create a list of why you're amazing. Hasilkan senarai mengenai perkara yang anda suka mengenai diri anda. Tulis apa sahaja. Contohnya, senaraikan anda seorang yang hebat membuat souffle, hebat bermain tenis dan hebat mencampurkan margarita. Jika anda berasa diri anda teruk atau anda menghadapi hari yang buruk maka anda boleh capai senarai itu dan lihat semula betapa hebatnya diri anda.
Jadi, selain daripada mahir berbahasa Inggeris diharapkan kita mampu mengharungi kehidupan dengan baik melalui bakat dan kecenderungan yang sedia ada dalam diri kita.