Seksyen dan Kepala Tajuk

Panduan umum diwujudkan supaya majikan boleh mencari maklumat utama dalam resume anda dengan mudah dan segera. Walau bagaimanapun, anda bolehlah memasukkan juga sentuhan peribadi dalam layout dan kandungan supaya kelayakan unik anda terserlah.

1. Maklumat Perhubungan

Butiran yang diperlukan haruslah mengandungi nama penuh anda, alamat terkini, nombor telefon yang selalu digunakan seperti nombor telefon bimbit dan alamat emel. Jika anda mempunyai laman sesawang profesional yang memaparkan sampel kerja anda, bolehlah anda masukkan alamat URL nya. Jika anda berada di luar negara dan menggunakan Skype, bolehlah anda masukkan sekali nombor Skype anda supaya majikan dapat berkomunikasi dengan anda semasa temuduga.

2. Objektif, Profail dan Ringkasan

Bahagian ini adalah pilihan dan efektif sekiranya anda tahu industri tertentu atau jenis kerja yang menarik minat anda atau apabila anda berubah dari satu kerjaya ke satu kerjaya. Jika anda memasukkan perkara ini, nyatakan matlamat kerjaya anda dengan jelas dan ringkas atau ringkaskan pengalaman profesional anda. Hal ini membolehkan majikan anda mengetahui apakah yang diingini oleh anda dalam pekerjaan yang dipohon.  

3. Pendidikan

Mulakan dengan ijazah anda yang paling baru dan senaraikan ijazah-ijazah tambahan lain dalam susunan kronologi menurun. Masukkan institusi anda dan lokasinya iaitu bandar dan negeri, tahap ijazah, major, minor atau tumpuan ijazah anda. Masukkan bulan dan tahun berijazah atau tarikh dijangka tamat pengajian. Jika anda belajar di luar negara, masukkan institusi dan lokasinya, penggal akademik dan tumpuan ijazah anda.

Kesarjanaan, anugerah akademik dan lain-lain anugerah akademik bolehlah dimasukkan dalam bahagian ini atau disenaraikan secara berasingan. Kursus-kursus yang berkaitan, projek kelas dan pengajian bebas boleh juga dimasukkan. Ia membantu menyokong pensijilan anda jika anda kurang pengalaman bekerja.   

4. Pengalaman

Berikan penekanan kepada pengalaman berkaitan yang telah didapati melalui kerja separuh masa atau kerja sepenuh masa, latihan dalam lapangan berbayar atau tidak berbayar, jawatan kesukarelaan dan jawatan kempimpinan dalam pertubuhan pelajar. Jika pengalaman anda boleh dipecahkan kepada kategori berrbeza iaitu yang berkaitan dan lain-lain maka wujudkan kepala tajuk berasingan dan senaraikan pengalaman anda dengan sebaiknya.

Untuk setiap masukan, senaraikan organisasi dan lokasinya mengikut bandar dan negeri, pangkat dan jawatan serta tarikh pekerjaan mengikut bulan dan tahun. Reka satu kenyataan ringkas iaitu ayat yang tidak penuh dan gunakan kata kerja yang kuat serta butiran khusus untuk menjelaskan mengenai tindakan anda berserta hasilnya.

Tunjukkan kepada majikan bahawa anda menggunapakai pengetahuan terpilih, kemahiran dan kebolehan untuk mencapai hasil yang diingini. Sekiranya mungkin, berikan kuantiti hasil tindakan anda bagi menyampaikan skop dan kepentingan projek itu.

5. Kemahiran

Kebanyakan majikan hanya melihat sepintas lalu resume yang diterima. Oleh itu, penting sekali untuk anda menunjukkan kemahiran anda dengan sejelas yang mungkin kepada majikan anda dalam resume yang diberikan. Kemahiran tersebut boleh dibahagikan kepada kepala tajuk kecil iaitu:
  • Kemahiran Bahasa: Sekiranya anda fasih atau mahir berbahasa, maka anda mestilah memberikan tahap kefasihan anda di sebelah bahasa yang disenaraikan. Contohnya, bahasa Sepanyol (Fasih).
  • Kemahiran Komputer: Masukkan sebarang program atau perisian yang telah anda kerjakan sebelum ini dan gariskan kebolehan anda untuk menjalankan analitik dengan pelbagai platform media sosial serta sistem pengurusan isi kandungan.
  • Kemahiran Khusus: Masukkan kemahiran terkhusus yang telah diperolehi anda secara profesional atau secara akademik contohnya analisis dasar, pemudah cara dan latihan, penyelesaian konflik atau kemahiran pengucapan umum.
  • Aktiviti Komuniti dan Kepimpinan: Senaraikan tahap penglibatan anda dengan aktiviti kolej dan komuniti. Aktiviti-aktiviti anda boleh memberikan bukti bahawa anda mempunyai kemahiran utama yang boleh memberikan anda faedah dalam menjalankan pekerjaan anda. Memegang jawatan dalam majlis, menyertai organisasi pelajar, mengambil bahagian dalam produksi teater atau bermain dalam pasukan sukan semuanya ini memberikan peluang kepada anda untuk menunjukkan bakat anda dalam kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi dan kemahiran-kemahiran penting lain kepada majikan anda.

6. Latihan, Pensijilan dan Lesen

Jika anda telah menyempurnakan latihan dengan jayanya atau menerima sijil atau lesen berkaitan dengan matlamat kerjaya anda, sila masukkan bahagian ini dan masukkan butiran penting mengenainya.

7. Kegiatan dan Pertubuhan Profesional

Melalui penerangan atau senarai pencapaian anda, aktiviti kokurikulum atau pertubuhan profesional anda, majikan akan mula mengambil maklum mengenai minat anda, motivasi dan kemahiran anda. Untuk semua jawatan profesional yang dipegang, senaraikan nama penuh organisasi, pangkat jawatan anda, tarikh keahlian dan penjelasan ringkas bagi pencapaian utama anda.

Untuk penglibatan anda sebagai ahli, senaraikan nama penuh organisasi, tarikh keahlian dan aktiviti yang anda sertai serta kaitkannya dengan objektif kerjaya anda.