Kebudayaan dan Norma Sosial British

Kebudayaan British berakar umbi di United Kingdom yang kaya dengan sejarah, rakyatnya dan empat negara iaitu England, Wales, Scotland serta Northern Ireland. Kesemua negara ini mempunyai tradisi dan adat-istiadat yang tersendiri.

Kebudayaan British dan norma sosialnya juga sangat unik, Salah satu perkara yang terpenting harus diketahui oleh sesiapa yang ingin ke negara mana sekali pun di dunia adalah kebudayaan dan norma sosialnya. Sebagai pelajar antarabangsa, anda mungkin berasa bingung atau terpinga-pinga. Jadi, rencana ini akan memperkenalkan anda sedikit sebanyak mengenai kebudayaan British.

Sudah semestinya, anda mungkin pernah mempelajari mengenai fakta berkenaan United Kingdom (UK) dari televisyen dan internet, pernah melawat negara ini, namun hal tersebut adalah berbeza dengan anda tinggal menetap di negara ini. Tidak kira di mana pun anda tinggal di UK, di sini terdapat beberapa norma sosial yang boleh anda pelajari dari orang British.
  • Orang British menepati masa. Lambat dipandang sebagai sesuatu yang tidak disukai atau kurang ajar. Jika anda akan terlewat atau terlewat dalam satu temujanji, maka anda harus menghubungi orang yang terlibat sebaik sahaja anda mengetahui bahawa anda akan terlewat. Jika terlewat sedikit dalam parti makan malam di rumah seseorang, ia dikira sebagai kurang sopan sahaja. Tapi dalam temujanji seperti mesyuarat atau makan malam di restoran, hal ini dipandang sebagai kurang ajar.
  • Jangan memotong barisan atau que di UK. Di sesetengah negara, ia tidak dianggap sebagai satu masalah besar namun di UK orang ramai akan marah dan akan berterus-terang dengan anda bahawa hal tersebut adalah kurang ajar. Jadi, beratur dengan sabar dalam que anda kerana hal ini adalah bahagian yang normal dalam pandangan kebudayaan British.
  • Bediri atau duduk dalam jarak sedepa dari orang semasa anda sedang bersembang. Perbuatan berada dekat dengan seseorang semasa bercakap sebenarnya dianggap sebagai agresif dan menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penduduk peribumi British.
  • Please, thank you dan sorry adalah bahagian yang biasa dalam perbualan harian serta interaksi orang British. Sesetengah orang mungkin berasa pelik dengan kesopanan orang British. Sebagai pelajar antarabangsa, anda mungkin tidak biasa dengan hal ini namun anda akan terbiasa sebaik sahaja anda tiba di UK!
  • Apabila bertegur sapa dengan rakan baik atau ahli keluarga di UK, anda tidak terus bersalaman dengan mereka. Banyak kali juga apabila wanita bertegur sapa, mereka akan berciuman kecil di pipi. Jika anda bukan rakan rapat atau keluarga, maka sentuhan fizikal sebegini boleh menimbulkan rasa tidak selesa atau pelik. Anda boleh bersalaman, senyum atau menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat.
  • Orang British umumnya sangat menghormati orang tua dan orang kurang upaya. Jika anda berada dalam pengangkutan awam, anda dijangkakan untuk memberi kerusi anda kepada orang kurang upaya atau yang lebih tua atau sesiapa sahaja yang kelihatan terkial-kial semasa berada dalam pengangkutan awam. Jika anda melihat orang tua atau sesiapa sahaja yang terkial-kial, maka anda dijangkakan untuk bertanya sama ada orang itu memerlukan pertolongan.
  • Orang British jarang menggunakan superlatif atau tidak begitu beranimasi apabila mereka bercakap. Mereka menghargai urusan peribadi orang lain dan mereka tidak suka memberikan ekspresi berlebihan semasa bersembang. Jadi berhati-hati apabila anda bercakap kerana anda boleh jadi dianggap sebagai menyibuk tanpa sebab.
  • Orang British jarang memandang tepat ke mata orang. Mereka menganggap hal ini sebagai sesuatu yang mengancam dan menimbulkan rasa kurang selesa.
  • Jika anda dijemput ke rumah orang British yang asli, anda akan dipandang sebagai bersopan jika membawa buah tangan seperti coklat, wain, bunga dan sebagainya untuk menyampaikan rasa terima kasih.
  • Jika anda pergi ke pub dengan rakan-rakan, biasa sahaja jika anda membeli sekali minuman untuk rakan yang datang bersama dengan anda.
  • Orang yang biasanya mengajak anda untuk temujanji makan malam biasanya adalah orang yang akan membayar makanan. Jangan bertekak dengan dia kerana itu adalah tanggungjawabnya. Anda boleh ajak dia keluar semula makan malam dan bayar untuk dia kembali sebagai membalas budi.
Perbezaan kebudayaan ini sedikit sebanyak menjadi bahagian yang biasa dalam beradaptasi dengan kehidupan di UK. Jadi, penting sekali untuk anda ambil maklum sebelum tiba di UK. Anda haruslah memastikan bahawa anda tidak menimbulkan sebarang masalah atau menyinggung sesiapa sebelum anda terbiasa dengan kehidupan di UK.
 
Jika anda tidak mengamalkan hal yang disebutkan di atas, orang British akan mengetahui bahawa anda adalah orang luar. Jadi, pengetahuan ini membantu anda untuk melaraskan diri anda dengan norma British sebelum anda mula menikmati kehidupan anda sambil menghadiri kursus di universiti di UK.            

Rujukan
  • 50 Weird & Confusing Facts about British Life & Culture, English with Lucy, 29 Mei 2019 (Youtube)
  • British Culture and Social Norms, Study in UK (online)