Bahasa Inggeris Tua

Bahasa Inggeris Tua atau Anglo-Saxon adalah merupakan bahasa Inggeris yang dituturkan di England pada zaman purba. Selain itu, ia dituturkan di selatan dan timur Scotland semasa Zaman Pertengahan.  

Bahasa Inggeris Tua ini berkemungkinan dibawa ke Britain Raya oleh pedatang Anglo-Saxon dalam pertengahan abad ke-5 Masihi. Karya awal bahasa Inggeris Tua ini pula bermula dari pertengahan abad ke-7 Masihi. Selepas penaklukan bangsa Norman pada tahun 1066, bahasa Inggeris ketika itu kemudian digantikan dengan bahasa Anglo-Norman, iaitu bahasa yang berkaitan dengan bahasa Perancis dan dituturkan oleh kelompok atasan di England. Era Norman ini menandakan berakhirnya zaman bahasa Inggeris Tua kerana bahasa Inggeris kemudian dipengaruhi oleh bahasa Anglo-Norman sekaligus mewujudkan bahasa Inggeris Pertengahan.

Bahasa Inggeris Tua berkembang dari satu set loghat bahasa Anglo-Frisian atau Ingyaeonic yang awalnya dituturkan oleh puak-puak Jerman yang dikenali sebagai Angles, Saxons dan Jutes. Apabila bahasa Anglo-Saxon menjadi bahasa dominan di England, bahawa mereka kemudian digantikan dengan bahasa British Romawi atau Common Brittonic, iaitu sejenis bahasa Celtic dan bahasa Latin yang dibawa masuk ke Britain melalui penaklukan Romawi.

Bahasa Inggeris Tua mempunyai empat loghat utama yang dikaitkan dengan kerajaan Anglo-Saxon ketika itu iaitu:
  • Mercian
  • Northumbrian
  • Kentish
  • West Saxon
Loghat West Saxon kemudian membentuk asas kepada piawaian baku kesusasteraan bahasa Inggeris Tua selepas tempoh itu walaupun bentuk bahasa Inggeris Pertengahan dan Moden kemudiannya muncul dari cabang loghat Mercian. Pengucapan bahasa Inggeris Tua di timur dan utara England sangat-sangat dipengaruhi oleh bahasa Norse Tua disebabkan oleh pemerintahan bangsa Viking serta kemunculan penempatan mereka pada abad ke-9 Masihi.

Bahasa Inggeris Tua menjadi salah satu daripada cabang bahasa Jerman Barat dan menjadi saudara rapat kepada bahasa Frisia Tua dan bahasa Saxon Tua. Seperti bahasa jenis Jerman Tua yang lain, bahasa Inggeris Tua ini sudah tidak sama dengan bahasa Inggeris Moden. Penutur bahasa Inggeris Moden akan menghadapi kesukaran memahaminya jika mereka tidak belajar bahasa ini. Dalam tatabahasa Inggeris Tua, kata nama, kata sifat, kata ganti diri dan kata kerjanya mempunyai banyak infleksi penghujung. Bentuk dan susunan ayatnya pula lebih bebas. Batu bersurat tertua bahasa Inggeris Tua ini ditulis dengan sistem tulisan Runik. Tetapi bermula abad ke-8 Masihi, ia digantikan dengan huruf bahasa Latin yang digunakan dalam bahasa orang Romawi.

Rujukan
  • So you want to start learning Old English seriously? Leornende Eald Englisc, 22 July 2019 (Youtube)
  • Happy Buffalo, Pelajaran Asas Bahasa Inggeris Tua Memrise, Empayar British (blogspot)
  • Jonathan Slocum and Winfred P. Lehmann, Introduction to Old English, Linguistic Research Center, the University of Texas: Austin (online)